awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa buli pelajar 'junior', lima remaja direman

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
16/12/2021
05:54 MYT
Dakwa buli pelajar 'junior', lima remaja direman
Kesemua pelajar itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menggunakan trak polis. - Foto Astro AWANI
MUAR: Lima pelajar lelaki sebuah sekolah menengah di daerah ini, direman tiga hari oleh Mahkamah Majistret Muar bagi membantu siasatan, berhubung dakwaan buli membabitkan seorang pelajar ‘junior’, minggu lalu.
Perintah tahanan reman sehingga Sabtu ini, terhadap semua pelajar berusia 16 tahun itu dikeluarkan Majistret Analia Kamaruddin bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, kesemua pelajar itu dibawa ke Kompleks Mahkamah Muar kira-kira jam 9 pagi tadi dengan menggunakan trak polis sebelum dibawa keluar tiga jam kemudian.
Semalam, Astro AWANI melaporkan lima pelajar ditahan selepas dipercayai membuli pelajar ‘junior’ berusia 14 tahun sehingga sehingga mengalami kecederaan bengkak di bahagian rusuk kiri dan terpaksa mendapatkan rawatan di hospital.
BACA: Dua remaja ditahan, buli pelajar junior di Muar
Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Zaharudin Rasip berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar menerima laporan petang Selasa memaklumkan mangsa dibuli oleh pelajar-pelajar lebih 'senior' sehingga mengalami kecederaan.
Kesemua suspek itu kemudian ditahan dalam tempoh 24 jam selepas laporan polis dibuat di sekitar Melaka, Kuala Lumpur dan Johor Bahru.
Hasil siasatan awal pihak polis mendapati kejadian berpunca ekoran kesemua suspek tidak berpuas hati dengan sikap mangsa dan rakan-rakannya, menyebabkan mereka dibuli.
Katanya, Polis Daerah Muar memandangkan serius terhadap kes-kes jenayah melibatkan pelajar khususnya kes buli di sekolah dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat.
Topic Berkaitan
#buli junior
#sekolah di Muar
#pelajar direman
#pukul pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan