awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua anggota penguat kuasa MBPP cedera belon dirampas meletup
EU kecam pelanggaran gencatan senjata berulang kali oleh Israel di Gaza
Pelakon Pablo Amirul dan Dr Hana kini sah suami isteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa jual tanah DBKL, Pengerusi DAP mohon maaf pada Annuar Musa

Astro Awani
Astro Awani
07/12/2020
09:43 MYT
Dakwa jual tanah DBKL, Pengerusi DAP mohon maaf pada Annuar Musa
Annuar Musa menerima kunjungan Tan Kok Wai di pejabatnya di Kuala Lumpur pada Isnin. - Gambar Twitter ANNUAR MUSA
KUALA LUMPUR:Selepas membuat kenyataan mendakwa Tan Sri Annuar Musa menjual 42 plot tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Pengerusi DAP, Tan Kok Wai memohon maaf kepada Menteri Wilayah Persekutuan itu.
Permohonan maaf dan penarikan balik kenyataan fitnah itu diserahkan Kok Wai yang juga Ahli Parlimen Cheras kepada Annuar pada Isnin.
“Saya menerima kunjungan mengejut Pengerusi Kebangsaan DAP, YB Tan Kok Wai (MP Cheras) di pejabat saya sebentar tadi.
“Beliau menyerahkan surat Pengakuan Memohon Maaf dan Menarik Balek Kenyataan Fitnah terhadap saya 18 hb November lepas. Terima kasih. Saya akan rujuk peguam saya,” kata Annuar dalam hantaran di akaun Twitternya hari ini.
Kok Wai sebelum ini dalam sidang media pada 18 November lalu menuduh Annuar menjual tanah yang dimiliki oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Annuar juga telah dituntut oleh Kok Wai agar menjelaskan mengenai dakwaan tersebut.
Susulan itu, Annuar pula dalam reaksinya menafikan dakwaan tersebut dan memaklumkan akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kok Wai.
Kata Annuar, tuduhan itu bukan sahaja tidak berasas, malah telah menjatuhkan reputasi beliau serta DBKL.
BACA: "Saya arah peguam ambil tindakan terhadap Tan Kok Wai" - Annuar sifatkan tuduhan jual tanah DBKL tidak berasas
Topic Berkaitan
#Annuar Musa
#Tan Kok Wai
#Menteri Wilayah Persekutuan
#Pengerusi DAP
#Ahli Parlimen Cheras
#jual tanah DBKL
#42 plot tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan