awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis

Astro Awani
Astro Awani
18/11/2015
09:49 MYT
Dakwa menteri guna duit zakat, YaPEIM buat laporan polis
Abibullah menunjukkan salinan laporan polis kepada media sejurus keluar dari Balai Polis Dang Wangi pada Rabu. - Foto Astro AWANI
Dakwaan National Oversight and Whistleblowers (NOW) membabitkan penyelewengan wang zakat Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YaPEIM) adalah fitnah dan berunsur jahat dengan menggunakan sumber dan maklumat yang tidak sah.
Pengarah Undang-Undang YaPEIM Datuk Mohd Nasir Disa, berkata dakwaan NOW adalah setengah masak dan kumpulan pemberi maklumat itu tidak mendapat penjelasan penuh daripada YaPEIM sebelum bertindak mendedahkannya kepada orang ramai.
Tegasnya lagi, dokumen-dokumen yang diambil dan disiar oleh NOW itu tidak semuanya tepat dan betul.
“Contohnya, yang menyatakan menteri pergi ke Amerika. (Destinasi) Iowa dan Minnesota sebenarnya tidak pergi pun sebaliknya hanya ke Washington dan Indianapolis,” ujarnya yang kesal pihak NOW tidak mendapatkan penjelasan dahulu sebelum membuat keputusan sendiri dengan mendedahkannya kepada umum.
BACA: Jamil Khir buat laporan polis berhubung dakwaan Pengarah NOW
Jelasnya lagi, akaun Yayasan Pembangunan Anak Yatim/Miskin (Pemangkin) bukan bersifat institusi kewangan sebaliknya hanya akaun yang wangnya disalur oleh YaPEIM dan pihak lain untuk perniagaan, bukan dana khusus untuk anak yatim.
“Persepsi yang cuba diketengahkan adalah menteri guna duit anak yatim sedangkan dana itu daripada dana perniagaan YaPEIM,” katanya yang merumuskan, penyebaran maklumat yang tidak disahkan itu membuatkan masyarakat jadi keliru.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Dang Wangi pada Rabu.
Sementara itu Ketua Pengarah Eksekutif YaPEIM Datuk Abibullah Samsudin berkata, beliau tidak menolak kemungkinan bahawa orang dalam terlibat dalam memberi maklumat kepada NOW.
“Kita membuat laporan polis dengan tujuan untuk menangkis segala tohmahan yang dibuat oleh Akmal Nasir kerana kita dapati bukti-bukti yang diberikan oleh NOW adalah dokumen-dokumen yang diperoleh secara tidak sah dengan tujuan memutarbelitkan fakta dan menfitnah,” ujar beliau. BACA: NOW dakwa YAPEIM guna dana anak yatim untuk program kursus kahwin di Paris
Topic Berkaitan
#Abibullah Samsudin
#Akmal Nasir
#anak yatim
#fitnah
#Mohd Nasir Disa
#NOW
#pemangkin
#YaPEIM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan