awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa periksa 'makmal dadah', perompak menyamar polis di Semenyih

Umavathi Ramayah
Umavathi Ramayah
09/05/2025
02:30 MYT
Dakwa periksa 'makmal dadah', perompak menyamar polis di Semenyih
Rakaman CCTV berdurasi 58 saat yang tular di media sosial memaparkan suspek menendang pintu rumah sebelum menceroboh masuk. - Foto tangkap layar/X @kamaghul
KAJANG: Macam-macam taktik digunakan penjenayah, yang kini semakin licik menjalankan aktiviti mereka.
Terbaharu, sekumpulan lima lelaki menyamar sebagai anggota polis yang kononnya mahu memeriksa sebuah rumah yang didakwa dijadikan sebagai makmal dadah.
Namun, alasan itu sebenarnya digunakan untuk menyamun.
Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) berdurasi 58 saat yang tular di media sosial memaparkan, suspek menendang pintu rumah sebelum menceroboh masuk.
Ketua Polis Daerah Kajang Asisten Komisioner Naazron Abdul Yusof mengesahkan, kejadian itu berlaku di sebuah kawasan perumahan di Semenyih, dekat sini, kira-kira pukul 5.02 pagi, Ahad lalu.
Menurutnya, ketika kejadian, empat lelaki bertopeng termasuk dua memakai vest polis, memecah masuk ke rumah mangsa seorang pesara berusia 55 tahun, yang ketika itu berada bersama tiga ahli keluarganya.
Sementara itu, seorang lagi suspek menunggu di dalam kereta yang diletakkan di luar rumah itu.
"Kemudian, suspek melarikan barang kemas, dua buah telefon pintar dan wang tunai kira-kira RM500. Kerugian keseluruhan dianggarkan RM9,000," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Naazron memberitahu, polis melancarkan operasi khas untuk mengesan kesemua suspek.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan kerana merompak secara berkumpulan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.
Katanya, pada masa sama, suspek turut disiasat di bawah Seksyen 170 kanun sama kerana menyamar sebagai penjawat awam yang membawa hukuman penjara tidak melebihi dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian diminta menghubungi pegawai penyiasat Inspektor Ghazali Zulkifli di talian 016-9140758 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Topic Berkaitan
#menyamar polis
#samun
#rompak
#Semenyih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami