awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Aspek perjawatan, skim AKPS dijangka selesai selewatnya awal suku kedua 2026 - KP
AKPS perlu 400 pegawai penyiasat sokong keperluan operasi - Mohd Shuhaily
Tindakan tegas terhadap kontraktor lewat siapkan projek KKR - Menteri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwa polis lakukan pemerasan: Ahli Parlimen Kepong dipanggil bantu siasatan

Bernama
Bernama
06/06/2021
16:28 MYT
Dakwa polis lakukan pemerasan: Ahli Parlimen Kepong dipanggil bantu siasatan
Lip Eng dipanggil membantu siasatan susulan dakwaannya mengenai tiga anggota polis melakukan pemerasan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Polis akan memanggil Ahli Parlimen Kepong Lim Lip Eng bagi membantu siasatan susulan dakwaannya mengenai tiga anggota polis melakukan pemerasan terhadap dua individu berhampiran lampu isyarat di Jalan Besar Kampung Melayu, Kepong pada Rabu lepas.
Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata dakwaan itu dibuat Ahli Parlimen berkenaan pada 4.50 petang tadi menerusi sidang media dan siasatan dibuat selepas berita mengenainya dikongsikan menerusi aplikasi WhatsApp.
Menurut Beh, sehingga kini polis tidak menerima sebarang laporan daripada mana-mana pihak berhubung kejadian yang didakwa berlaku pada 6.45 pagi itu.
"Ahli Parlimen itu serta dua individu terbabit dalam kejadian tersebut akan dipanggil bagi membantu siasatan.
"Polis memandang serius dakwaan itu dan tidak teragak-agak mengambil tindakan tegas terhadap tiga anggota tersebut jika kejadian salah laku didapati benar-benar berlaku," katanya dalam kenyataan malam ini.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Insp Noramalina Md Jamil di talian 017-3185868 atau Bilik Gerakan IPD Sentul 03-40482206.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Kepong
#Lim Lip Eng
#polis
#pemerasan
#beri keterangan
#bantu siasatan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan