Polis menahan tiga individu bagi membantu siasatan berhubung kononnya wujud ancaman pengganas di lokasi tertentu di ibu negara.
Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim berkata mereka merupakan dua warga asing dan seorang tempatan berumur antara 30 hingga 51 tahun.
Operasi pada 24 September di sekitar ibu negara itu merupakan sebahagian daripada tindakan berterusan hasil maklumat daripada suspek yang telah ditangkap yang mendedahkan wujud perancangan untuk melancarkan serangan ke atas aset-aset penting negara, kepentingan Barat dan juga kawasan tumpuan awam.
"Siasatan awal terhadap suspek mendapati salah seorang daripada warga asing yang ditahan kerap melakukan lawatan ke Yemen dan memasuki Malaysia beberapa hari lalu.
"Siasatan masih lagi diteruskan untuk mengesahkan sama ada ketiga-tiga mereka terlibat dalam sebarang perancangan untuk melancarkan serangan di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, pada Jumaat.
Semua suspek ditangkap mengikut Bab VIa - Kesalahan berkaitan dengan keganasan, kanun keseksaan (Akta 574) dan akan disisasat mengikut prosedur di bawah.
PDRM katanya akan melakukan pemantauan berterusan termasuklah meningkatkan kawalan keselamatan di tempat strategik dan juga kawasan tumpuan awam.
Mengulas lanjut, Noor Rashid berkata nasihat perjalanan yang dikeluarkan kedutaan asing merupakan amalan biasa bagi memastikan keselamatan rakyat mereka.
"Ini adalah amalan universal yang dipraktikkan oleh setiap negara demi keselamatan rakyat dimana jua mereka berada," katanya lagi.
Pada Khamis, Kedutaan Amerika Syarikat dan Suruhanjaya Tinggi Australia di sini dilapor mengeluarkan nasihat perjalanan tentang kemungkinan berlaku serangan pengganas di Jalan Alor dekat Bukit Bintang dan kawasan sekitarnya..
Sehubungan itu, polis telah meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu.
Hakim Rahman
Fri Sep 25 2015
Pihak polis telah meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu. - Gambar Fail
MOM bakal hantar resolusi rayu kerajaan teruskan penganjuran Sukan SEA 2027
MOM akan menghantar resolusi kepada Kementerian Belia dan Sukan untuk merayu agar Malaysia kekal menjadi penganjur Sukan SEA 2027.
Vokalis Dewa 19, Virzha kahwin wanita Arab
Salah seorang vokalis Dewa 19, Virzha mengakhiri zaman bujang pada usia 33 tahun.
Krisis iklim: Kanak-kanak antara paling terjejas - UNICEF
Apabila bencana alam berlaku, kanak-kanak lebih terdedah dan berpotensi mengalami kesan yang berpanjangan.
Raja Permaisuri Agong terima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia
Raja Permaisuri Agong Raja Zarith Sofiah hari ini berkenan menerima menghadap Pesuruhjaya Tinggi British ke Malaysia Ailsa Terry di Istana Negara.
Masyarakat Cina bersama meriahkan rumah terbuka UMNO Sandakan
Masyarakat Cina di sekitar Sandakan bwersama memeriahkan dan menikmati juadah di rumah terbuka Aidilfitri anjujran UMNO Sandakan.
Gagasan Bola Sepak Borneo bantu tingfkatkan kualiti pemain Sarawak
Presiden Kuching FA Fazzrudin Abdul Rahman menyambut baik uaha menubuhkan Gagasan Bola Sepak Borneo yang diyakini mampu menggilap kualiti bola sepak di pulau itu.
Terserah Bung Moktar, yang penting khidmat untuk rakyat dulu - Andi
ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhamad Suryady Bandy menyerahkan kepada Datuk Seri Bung Moktar untuk memastikan kemenangan UMN O dalan PRN 17 namun pada masa sama berharap perkara mengenai calon dibincang selepas DUN Sabah dibubar.
PRN 17: Pimpinan UMNO Sabah berhak nilai calon terbaik
Ketua Perhubungan UMNO Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin menegaskan pihaknya bertanggungjawab menetukan calon terbaik untuk mewakili parti itu dalam PRN Sabah ke-17.
Kastam Sarawak rekod rampasan RM816.1 juta
Kastam Sarawak merekodkan peratusan rampasan melebihi unjuran nasional setakat ini.
Jentera cerucuk tumbang, operator hampir maut
Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia 33 tahun ditemui dalam keadaan sedar selepas tersepit hampir dua jam di dalam jentera cerucuk yang tumbang.
Dakwaan ancaman pengganas di Jalan Alor, tiga ditahan
Pihak polis turut meningkatkan rondaan di Jalan Alor dan sekitar Kuala Lumpur selepas menerima maklumat bahawa akan berlaku serangan pengganas di kawasan itu.