awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Titah Adendum: AGC nafi dakwaan keputusan mahkamah kurangkan kuasa pengampunan Raja-Raja
Lebih 2.2 juta kenderaan dijangka masuk Pulau Pinang
Titah Adendum: "Jangan campur urusan kami" - Pemuda UMNO WP selar kenyataan AMK
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ayam segar tidak disembelih ikut syariat tidak benar - JAIPk

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
30/03/2023
21:16 MYT
Dakwaan ayam segar tidak disembelih ikut syariat tidak benar - JAIPk
Siasatan mendapati, penyembelihan dijalankan mengikut syariat dan ketiga-tiga syarikat pembekal ayam di pasar raya terbabit mengikut piawaian dan mempunyai sijil halal. - Gambar hiasan
IPOH: Dakwaan bahawa sebuah pasar raya di Kuala Kangsar menjual ayam segar yang tidak disembelih mengikut syariat, adalah tidak benar.
Perkara itu dimaklumkan Pengarah Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) Harith Fadzilah Abdul Halim yang berkata, pihaknya terus menjalankan siasatan bersama Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) sebaik mendapat maklumat mengenai perkara itu.
“Kita turun ke padang bersama KPDN. Memang tidak didapati menyalahi syariat. Bahkan lebih melucukan apabila KPDN dapat kesan pelapor itu.
"KPDN tanya dia, ayam itu buat apa? Sudah makan, katanya. Maknanya, dia pun tak pasti,” katanya ketika ditemui selepas majlis berbuka puasa anak yatim, tahfiz dan media bersama Menteri Besar Datuk Seri Saarani Mohamad di Laman Seri Ridzuan, di sini, malam tadi.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas dakwaan seorang wanita menerusi Facebook terdapat kesan tebuk pada leher ayam dibelinya, sekali gus menyimpulkan bahan mentah itu sebagai tidak halal.
Wanita berkenaan turut memuat naik gambar ayam yang dibelinya di sebuah pasar raya di Kuala Kangsar, sehingga ia tular di media sosial sejak Rabu malam.
Harith Fadzilah berkata, siasatan mendapati, penyembelihan dijalankan mengikut syariat dan ketiga-tiga syarikat pembekal ayam di pasar raya itu memang mengikut piawaian dan mempunyai sijil halal.
“Jadi kita mengharap, akan datang, kalau tak pasti janganlah kita buat (tularkan), rujuk kepada pihak berkuasa (terlebih dahulu),” ujarnya.
Dalam masa sama, katanya, tiada laporan seumpama itu di tempat lain dan kejadian yang tular itu tidak menjejaskan jualan ayam di pasar raya berkenaan.
Topic Berkaitan
#ayam segar
#Jabatan Agama Islam Perak
#pasar raya di Kuala Kangsar
#tidak disembelih ikut syariat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan