awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beberapa sekolah di Minneapolis ditutup susulan ancaman bom palsu
Trump umum potongan tarif ke atas India selepas Modi setuju berhenti beli minyak dari Rusia
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan buli doktor pelatih, JKNNS kesan dua doktor pakar terlibat

Shuhada Abdul Kadir
Shuhada Abdul Kadir
10/05/2022
08:14 MYT
Dakwaan buli doktor pelatih, JKNNS kesan dua doktor pakar terlibat
Kejadian itu dipercayai turut menyebabkan salah seorang HO wanita yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah hospital di negeri itu, mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan. - Gambar hiasan
SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan mengarahkan Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) memanggil dua doktor pakar yang didakwa terlibat membuli doktor pelatih (HO) di dua hospital di negeri berkenaan.
Exco Kesihatan, Alam Sekitar, Koperasi dan Kepenggunaan negeri, S Veerapan berkata, ia susulan dua laporan berhubung kes berkenaan diterima pihaknya pada bulan Mac dan April lalu.
Kejadian itu dipercayai turut menyebabkan salah seorang HO wanita yang didakwa menjadi mangsa buli di sebuah hospital di negeri itu, mengambil keputusan menamatkan perkhidmatan.
“Memang ada dua laporan kita terima yang mana melibatkan dua HO yang bertugas di dua hospital di dalam negeri ini dan kes ini jelas perlu dipandang serius.
“Berdasarkan maklumat awal yang kami terima, kes buli ‘junior’ ini tidaklah melibatkan kumpulan senior yang ramai, sebaliknya hanya dua individu yang juga doktor pakar yang bertugas di dua hospital kerajaan yang dikenalpasti,”katanya ketika dihubungi Astro Awani, di sini, pada Selasa.
Mengulas lanjut katanya, jabatan kesihatan negeri akan menjalankan siasatan mendalam berhubung kejadian ini termasuk mengenal pasti mana-mana individu terlibat.
“Insiden seumpama ini tidak sepatutnya berlaku yang mana saya telah mengarahkan Pengarah Kesihatan untuk menjalankan siasatan dengan telus.
“Mana-mana HO atau petugas kesihatan di negeri ini juga boleh memuat aduan secara terus kepada saya sekiranya mereka menjadi mangsa buli,”katanya.
Topic Berkaitan
#doktor pelatih
#Jabatan Kesihatan Negeri
#S Veerapan
#buli doktor pelatih
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan