awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
UK gesa ibu bapa bincang bahaya kandungan toksik dalam talian dengan anak-anak
Trump bantah pengilhakan Israel ke atas Tebing Barat yang diduduki - White House
Savannah Guthrie rayu bantuan ketika tarikh akhir wang tebusan semakin hampir
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah

Sinar Harian
Sinar Harian
20/12/2023
04:15 MYT
Dakwaan buli: Polis akan rakam keterangan, ibu bapa, rakan, pihak sekolah
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada keluarga mangsa, tengah hari Selasa. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Polis akan merakam percakapan ibu, bapa, rakan dan pihak sekolah berhubung dakwaan seorang remaja melarikan diri dari sebuah asrama di Cheras di sini, akibat dibuli berulang kali.
Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid berkata, pihaknya telah menerima laporan daripada keluarga mangsa, tengah hari Selasa.
"Kita akan panggil semua pihak berkaitan untuk dirakam keterangan bagi membantu siasatan.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-Kanak 2001 oleh D11 (Bahagian Siasatan Seksual, Wanita dan Kanak) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur pada Rabu.
Terdahulu, media melaporkan, pelajar sebuah sekolah berasrama penuh di Cheras, ditemukan dalam keadaan lemah oleh ibu bapanya dan guru sekolah di Masjid Saidina Othman, Bandar Tun Razak pada 8 Disember lalu.
Pelajar berusia 14 tahun itu ditemukan beberapa jam selepas dilaporkan hilang dari asrama. Keadaan pelajar itu masih semakin baik, tetapi masih trauma.
Anak sulung daripada tiga beradik itu masih menerima rawatan selepas dimasukkan ke Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM di sini sejak 9 Disember lalu.
Susulan kejadian, ibu mangsa dilaporkan berkata, pihaknya akan mengambil tindakan perundangan berhubung kejadian buli itu yang didakwanya sudah berulang kali terjadi.
*Artikel asal yang disiarkan di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#buli
#sekolah asrama
#diambil keterangan
#Polis Kuala Lumpur
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan