awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
LHDN perkenal aplikasi Whatsapp, platform pertanyaan cukai baharu
Letupan di Universiti HELP: Dua pelajar masih menerima rawatan
PERKESO sedia salur bantuan mangsa letupan gas Universiti HELP - Ramanan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan dera: Remaja ditemukan di stesen KTMB tidak alami kecederaan

Bernama
Bernama
15/01/2026
12:30 MYT
Dakwaan dera: Remaja ditemukan di stesen KTMB tidak alami kecederaan
Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata polis turut tidak menerima sebarang laporan berkaitan remaja lelaki berusia 13 tahun itu. - Gambar fail/BERNAMA
TAIPING: Polis mengesahkan tiada sebarang kesan kecederaan pada tubuh remaja yang ditemukan di Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di sini semalam, sekali gus menafikan dakwaan penderaan seperti ditularkan di media sosial.

Ringkasan AI
  • Polis mengesahkan tiada kecederaan pada tubuh remaja yang ditemui di Stesen KTMB Taiping, menafikan dakwaan penderaan yang tersebar di media sosial.
  • Tiada laporan berkaitan remaja lelaki berusia 13 tahun itu diterima oleh pihak polis, dan remaja tersebut telah diserahkan kepada bapanya.
  • Ketua Polis Perak menyeru orang ramai agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan tidak membuat kenyataan tanpa bukti jelas.

Ketua Polis Perak Datuk Noor Hisam Nordin berkata polis turut tidak menerima sebarang laporan berkaitan remaja lelaki berusia 13 tahun itu.
"Remaja itu juga telah diserahkan kepada bapa kandungnya yang tinggal di daerah ini," katanya ketika ditemui selepas menghadiri Majlis Pemakaian Pangkat dan Serah Tugas Ketua Polis Daerah Taiping di sini hari ini.
Beliau berkata orang ramai diingatkan agar lebih bertanggungjawab dalam menggunakan media sosial dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa bukti jelas.
Semalam, tular di media sosial mengenai remaja berkenaan yang dijumpai di Stesen KTMB Taiping oleh orang ramai dan dipercayai ingin ke kediaman datuknya di Anak Bukit, Kedah.
Dalam perkembangan berasingan, Noor Hisam berkata pihaknya sedang melakukan proses penilaian kepada semua permohonan permit bagi penjualan mercun serta bunga api sempena Tahun Baharu Cina.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#remaja lelaki
#dakwaan dera
#stesen KTMB
#polis perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan