awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan gangguan seksual: Kesavan sedia beri kerjasama kepada polis

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
18/05/2019
10:11 MYT
Dakwaan gangguan seksual: Kesavan sedia beri kerjasama kepada polis
Kesavan menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam siasatan polis. -Gambar fail
Ahli Parlimen Sungai Siput, S. Kesavan yang dikaitkan dengan laporan gangguan seksual yang dibuat bekas pembantunya menyatakan kesediaan untuk memberi kerjasama dalam siasatan polis.
Kesavan berkata beliau juga akan menyerahkan bukti-bukti yang menunjukkan gangguan dan ugutan dibuat wanita itu untuk merosakkan rumahtangganya.
“Saya tidak mahu membesarkan perkara ini sebelum ini kerana saya simpati dengannya yang sudah mempunyai suami dan dua anak.
“Saya juga telah menyerahkan perkara ini kepada peguam-peguam untuk diambil tindakan undang-undang yang selanjutnya untuk membersihkan nama saya dan isteri saya,” katanya dalam sidang media di Ipoh, pada Sabtu.
Beliau mengulas laporan beberapa portal berita mengenai laporan polis berhubung dakwaan gangguan seksual yang dibuat bekas pembantunya di Selangor.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Fadzil Ahmat mengesahkan menerima laporan itu tetapi enggan mengulas lanjut.
Laporan turut menyebut wanita itu mendakwa anggota Parlimen berkenaan telah menunjukkan buku 'Kamasutra' serta gambar lucah kepadanya.
Kesavan bagaimanapun enggan mengulas lanjut kerana ia masih dalam siasatan polis.
Katanya, beliau sendiri telah membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Siput pada 4 Mei lalu mengenai gangguan dan tekanan daripada wanita berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Sungai Siput, Superintendan Mohd Khaizam Ahmad Shahabudin mengesahkan pihaknya menerima laporan tersebut pada 4 Mei lalu.
Kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#Ahli Parlimen Sungai Siput
#gangguan seksual
#kamasutra
#Kesavan
#mohd khaizam ahmad shahabudin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan