KUALA LUMPUR: Ketua Hakim Syarie Datuk Mohd Na'im Mokhtar memfailkan saman fitnah menuntut ganti rugi berjumlah RM30 juta daripada bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Lokman Noor Adam berhubung dakwaan gangguan seksual terhadap beberapa wanita termasuk seorang 'Datin'.
Mohd Na’im, 54, selaku plaintif memfailkan saman itu di Mahkamah Tinggi menerusi Tetuan Akberdin & Co pada 17 Jan lepas dan menamakan Lokman, 49, sebagai defendan.
Berdasarkan pernyataan tuntutan, Mohd Na'im yang juga Ketua Pengarah di Jabatan Kehakiman Syariah Malaysia memfailkan saman itu atas kapasiti peribadi mendakwa defendan telah memfitnahnya dengan membuat kenyataan menerusi dua siaran langsung di Facebook 'Lokman Noor Adam Official' pada 10 Jan dan 13 Jan lepas.
Plaintif mendakwa Lokman juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya masing-masing pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu membawa maksud antaranya beliau seorang penunggang agama, gagal menjadi pemimpin yang berkredibiliti dengan akhlak yang terpuji dan dihormati serta memberi teladan yang baik kepada masyarakat serta mencemarkan imej dan institusi Jabatan Kehakiman Syariah.
Mohd Na'im mendakwa siaran langsung dan hantaran itu telah tersebar kepada pihak ketiga kerana Facebook serta YouTube milik defendan dapat ditonton dan dikomen oleh masyarakat umum.
"Defendan menerbitkan kenyataan itu dengan matlamat bahawa perkara yang sama akan diterbitkan dalam negara dan di peringkat antarabangsa melalui media elektronik serta media cetak," dakwa plaintif dalam tuntutan itu.
Menurut plaintif, satu laporan polis telah dibuat pada 12 Dis tahun lepas bagi menafikan dakwaan dan tuduhan palsu Datin terbabit terhadapnya dan beliau juga telah membuat laporan polis terhadap Lokman agar pihak polis membuat siasatan berhubung tindakan defendan.
Plaintif berkata notis tuntutan bertarikh 13 Jan lepas dikeluarkan terhadap defendan supaya menarik balik kenyataan fitnah serta memadamkan hantaran di Facebook selain memohon maaf secara terbuka dalam tempoh 24 jam namun sehingga hari ini, defendan tidak mengendahkan laporan polis dan notis itu.
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, mencalarkan imej, menjatuhkan maruah dan merendahkan statusnya di mata masyarakat umum.
Oleh itu, plaintif memohon suatu injunksi supaya defendan memadam video dan hantaran tersebut dan suatu injunksi untuk menghalang defendan daripada menerbitkan semula hantaran itu selain permohonan maaf daripada defendan yang dimuat naik di media sosial.
Plaintif juga menuntut ganti rugi am yang akan ditaksir oleh mahkamah, ganti rugi teladan, teruk dan punitif masing-masing berjumlah RM10 juta, faedah atas jumlah penghakiman sebanyak lima peratus setahun yang dikira dari tarikh penghakiman sehingga penyelesaian penuh serta relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Menerusi semakan mahkamah, permohonan injunksi itu akan didengar esok di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Rozana Ali Yusoff manakala pengurusan kes ditetapkan pada 21 Feb ini.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Jan 19 2022

Plaintif mendakwa Lokman juga memuat naik siaran langsung itu di YouTube miliknya pada 10 Jan dan 14 Jan selain memuat naik tiga hantaran fitnah terhadap beliau di Facebook milik defendan pada 11 Jan dan 13 Jan lepas. - Gambar fail/ Bernama

PM adakan lawatan ke Jepun, perkasakan Dasar Pandang ke Timur
Memperkasakan Dasar Pandang ke Timur serta memperkenalkan konsep Keluarga Malaysia dalam hubungan dua hala Malaysia-Jepun adalah antara intipati yang bakal diketengahkan Perdana Menteri.

Bot tunda bersama tiga kru disyaki karam di Pulau Mantanani
Sebuah bot tunda Mega Jaya 2, bersama tiga kru disyaki karam di posisi 35 batu nautika barat laut Pulau Mantanani di Kota Belud, semalam.

Buli junior: Empat pelajar mengaku salah sebabkan kecederaan
Kesemua tertuduh berusia 15 hingga 16 tahun turut membuat pengakuan bersalah sejurus pertuduhan terhadap mereka dibacakan

Identiti dua mayat pendaki Gunung Suku sudah dikenal pasti - Ketua Polis Perak
Bedah siasat akan dijalankan hari ini di Hospital Raja Permaisuri Bainun bagi mengenal pasti punca kematian kedua-dua mangsa.

DUN Sarawak: Gagal capai persetujuan tuntutan MA63, akan dirujuk kepada penilai bebas
Kegagalan kerajaan negeri dan Persekutuan dalam mencapai persetujuan dalam sebarang semakan yang dituntut Sarawak akan dirujuk kepada penilai bebas.

Jiwa SME | Media sosial bantu Bateqila tembusi pasaran dunia
Pandemik COVID-19 menjadi titik permulaan kepada usahawan muda batik akrilik untuk lebih aktif menggunakan media sosial sebagai platform jualan produknya. Jika dahulu kesemua pelanggannya lebih kepada 'walk-in' dan setempat, kini Bateqila mendapat tempahan dari seluruh negara termasuk United Kingdom dan Kanada.

Pembantu kedai makan didenda RM2,500 lakukan khianat buang patung hiasan
Gabriele mengaku mengambil patung hiasan air pancutan yang tersambung dengan hos paip kecil sehingga tercabut dan rosak serta membuangkannya ke dalam tong sampah.
![[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global [TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1968239/thumbnails/14500335421653283452025_640x360.jpg)
[TERKINI] WEF 2022 | Tiga fokus utama Malaysia cabaran Global
Malaysia meletakkan tiga fokus utama dalam penglibatan Forum Ekonomi Dunia (WEF) 2022 seiring mendapani cabaran era pascapandemik meliputi keterangkuman, ekonomi digital dan kelestarian. Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz yang mengetuai delegasi Malaysia ke Davos berpandangan, forum global itu juga penting untuk pemimpin tempatan bertukar idea dan mempelajari amalan terbaik untuk memulihkan ekonomi negara.

Maraton New York: Seorang maut, 15 lagi dimasukkan ke hospital
Pelari wanita berusia 32 tahun itu rebah sejurus tiba di garisan penamat dan disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan.

i-Qids, vitamin tinggi nutrisi bagi perkembangan sel-sel otak si manja
i-Qids diformulasikan dengan Phosphatidylserine, Alpha Linolenic Acid, multivitamin dan mineral yang mampu menyokong perkembangan minda si manja.

Akaun pendeposit Tabung Haji culas bayar nafkah dicadang dibekukan - Ketua Hakim Syarie
Akaun pendeposit Tabung Haji (TH) yang culas membayar tuntutan nafkah kepada bekas isteri dan anak-anak dicadang dibekukan.

Perintah cerai, nafkah serentak jika dapat persetujuan bersama - Ketua Hakim Syarie
Perintah perceraian dan perintah nafkah hanya boleh dilaksanakan serentak sekiranya mendapat persetujuan bersama antara suami dengan isteri yang memfailkan kes.

Mahkamah tolak permohonan penghakiman ingkar Ketua Hakim Syarie terhadap Lokman Adam
Permohonan penghakiman ingkar itu ditolak oleh Timbalan Pendaftar Nor Afidah Idris semalam.

Lokman Adam diarah padam hantaran fitnah babitkan Ketua Hakim Syarie dalam tempoh 24 jam
Hakim membenarkan permohonan injunksi ex-parte (sebelah pihak) yang dikemukakan Mohd Na'im dalam kes samannya terhadap Lokman.

Dakwaan gangguan seksual: Ketua Hakim Syarie fail saman fitnah RM30 juta terhadap Lokman Adam
Dakwa plaintif, kenyataan fitnah itu telah menjejaskan reputasi, merosakkan martabat, mencalarkan imej, menjatuhkan maruah dan merendahkan statusnya di mata masyarakat umum.

Ketua Hakim Syarie negatif COVID-19
Mohd Na'im menjalani ujian berkenaan selepas Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri disahkan positif virus tersebut, Isnin lepas.

Mahkamah Utama Syariah Perak beri kebenaran merayu dalam kes tuntutan harta sepencarian
Panel tiga hakim yang dipengerusikan Ketua Hakim Syarie Perak Datuk Asa'ari Mohd Yazid memulakan sesi pendengaran itu pada 3 petang.

Mahkamah Syariah Perak pertama guna kaedah e-payment
Merangkumi kategori pembayaran seperti pendaftaran kes dan pembayaran denda yang akan berkuat kuasa 1 Julai depan.

Semua Mahkamah Syariah beroperasi sepenuhnya mulai semalam
Sebelum ini, semua mahkamah syariah di seluruh negara ditangguh dan dilaksanakan secara dalam talian berikutan pelaksanaan PKP bermula 18 Mac lepas bagi membendung penularan wabak COVID-19.

Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan - Ketua Hakim Syarie
Satu lagi lapisan Mahkamah Syariah perlu diwujudkan di negara ini bagi memastikan proses keadilan dilaksanakan dengan baik sekali gus memperkukuh bidang kuasa institusi perundangan Islam.