awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
Presiden Filipina Marcos kata kesihatan semakin baik, doktor berikan penilaian positif
Sekatan perpindahan pemain Kelantan TRW ditarik balik - MFL
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan hutang 1MDB belum dibayar tidak berasas - Tengku Zafrul

Bernama
Bernama
03/03/2022
04:15 MYT
Dakwaan hutang 1MDB belum dibayar tidak berasas - Tengku Zafrul
Menurut Tengku Zafrul (kiri), sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah. - Foto JAPEN
KUALA LUMPUR: Dakwaan hutang prinsipal 1Malaysia Development Bhd (1MDB) masih belum dibayar sehingga kini adalah tidak berasas memandangkan ia hanya akan matang antara tahun 2022 hingga 2039, jelas Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.
Tengku Zafrul berkata sehingga akhir Februari 2022, jumlah keseluruhan hutang 1MDB bernilai kira-kira RM38.8 billion merangkumi RM32.3 bilion hutang prinsipal dan RM6.5 bilion faedah.
"Kita sudah mula membayar faedah hutang 1MDB kira-kira RM6.5 bilion dan belum membayar prinsipal kerana prinsipal hutang tersebut akan matang lambat lagi," katanya dalam sesi waktu pertanyaan menteri di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau berkata demikian menjawab soalan tambahan Lim Guan Eng (PH-Bagan) yang mahukan penjelasan berhubung dakwaan ahli parlimen Pekan, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak bahawa kerajaan belum membayar hutang 1MDB.
Menurut Tengku Zafrul, prinsipal hutang 1MDB merangkumi bon terbitan 1MDB Energy Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Energy (Langat) Ltd bernilai RM7.35 bilion, bon terbitan 1MDB Global Investment Ltd sebanyak RM12.6 bilion dan sukuk 1MDB IMTN (Islamic Medium Term Note) bernilai RM5 bilion.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#1MDB
#Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz
#hutang prinsipal
#Najib Razak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan