Skip to main content

Malaysia

Wanita ditumbuk, tegur kutipan parkir haram di Jalan Klang Lama

KUALA LUMPUR, 21 Julai -- Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Fadil Marsus dalam sidang media selepas Majlis Perhimpunan Bulanan Ketua Polis Kuala Lumpur di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur, malam ini.  Fadil berkata perhimpuan kedua yang diadakan pada sesi malam itu mencerminkan operasi pasukan Kuala Lumpur yang berjalan 24/7 selain menekankan bahawa aktiviti penguatkuasaan, siasatan dan operasi juga aktif pada waktu malam.  Seramai 1,100 pegawai dan anggota menyertai perhimpunan tersebut selain meraikan samb
Fadil berkata, dalam kejadian pada pukul 2.38 petang berhampiran Dewan Komuniti OUG, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa dimarahi suspek dengan kata-kata kesat sebelum ditumbuk di kepala. - Gambar fail/ BERNAMA
Advertisement

KUALA LUMPUR: Tiga lelaki ditahan polis selepas disyaki memukul seorang wanita yang menegur kegiatan mereka mengutip wang parkir secara haram di Jalan Awan Besar, Jalan Klang Lama, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, dalam kejadian pada pukul 2.38 petang berhampiran Dewan Komuniti OUG, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa dimarahi suspek dengan kata-kata kesat sebelum ditumbuk di kepala.

“Mangsa turut mendakwa diugut akan diganggu dan dibuat kacau di tempat kerjanya,” katanya dalam kenyataan, di sini pada Ahad.

Fadil menambah, bertindak atas laporan mangsa, polis menahan tiga lelaki berusia antara 20 hingga 26 tahun di sekitar Brickfields, Sabtu lalu.

Beliau berkata, semakan mendapati kesemua suspek mempunyai rekod jenayah lampau.

“Seorang daripada suspek direman tiga hari bermula Ahad, manakala dua lagi suspek masing-masing direman sehari,” katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 506 dan Seksyen 323 Kanun Keseksaan.

Must Watch Video

Advertisement