awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
NVIDIA sah tidak lancar GPU baharu 2026 akibat krisis RAM global
Mitsubishi Xforce rasmi dibuka untuk tempahan, harga bermula RM110,000
Sekatan ekonomi bukan halangan Iran perluas dagang dengan Malaysia - Duta Iran
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis

Teoh El Sen
Teoh El Sen
15/04/2013
12:10 MYT
Dakwaan Kiram tidak berasas -- Polis
Dakwaan oleh 'Sultan’ Sulu Jamalul Kiram III yang pengikut-pengikutnya telah menubuhkan markas yang baru di kawasan pedalaman Sabah adalah tidak berasas dan merupakan sebahagian daripada usaha kumpulan pengganas untukmenimbul rasa ketakutan.
"Setakat ini tidak ada kebenaran dengan tuntutan itu. Malah itu adalah sebahagian daripada ‘psyops’ atau ‘psywar’ mereka. Ia sebagai menimbul rasa takut di negeri kita," kata Ketua Polis Sabah Datuk Hamza Taib memberitahu Astro AWANI.
Hamza berkata sepanjang satu bulan semasa Ops Daulat, pasukan keselamatan telah berjaya untuk menyekat aktiviti-aktiviti musuh.
"Kami berjaya menangkap dan menembak mati 70 pengganas. 183 penangkapan adalah dibawah SOSMA dan 334 bagi kesalahan yang lain," kata beliau.
Hamza berkata Sabah kini dianggap selamat walaupun masih terdapat "segelintir" pengganas yang mungkin berada di dalam hutan atau masih bergaul dengan penduduk kampung.
"Musuh-musuh masih ada. Angkanya agak kurang... mungkin hanya segelintir. Kurang daripada 10. Itulah sebabnya kita mempunyai ESSCOM. Kami harus tingkatkan keselamatan di laut kami."
Beliau berkata pihak berkuasa tahu berapa banyak mendarat di Kg Tanduo dan berapa banyak meninggalkan negeri untuk kembali ke Filipina. Beliau berkata pihak berkuasa Filipina telah pintas 37 orang yang kembali dan terpulang kepada negara ini untuk membuat keputusan mengenai tindakan undang-undang untuk diambil.
"Apa yang penting, daerah berkenaan selamat," katanya.
Apabila ditanya sama ada pemimpin kumpulan Agbimuddin Kiram masih dalam penglihatan, Hamza berkata: "Saya tidak boleh mengatakan dengan pasti beliau di mana tetapi kita masih mencari beliau.”
Topic Berkaitan
#Datuk Hamza Taib
#Jamalul Kiram III
#Ops Daulat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan