awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemotong rumput rogol adik ipar kekal dipenjara 28 tahun, 24 sebatan
Indonesia rancang bangun jana kuasa nuklear secara berperingkat
PNB nilai tawaran am sukarela Sunway ke atas IJM berdasarkan pertimbangan komersial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan

Syafik Shukri Jalil
Syafik Shukri Jalil
05/02/2024
07:08 MYT
Dakwaan larikan Taib: Polis Sarawak sahkan terima laporan
Mancha (gambar) menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) Sarawak mengesahkan telah menerima laporan polis berhubung isu tular iaitu kes membawa keluar bekas Yang Di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud dari sebuah hospital.
Menurut kenyataan Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, kes sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan.
‘’Pihak polis kontinjen Sarawak mengesan satu posting tular melibatkan bekas TYT Sarawak yang telah dimuat naik dalam media sosial.
‘’Sehubungan dengan itu, pihak polis menasihatkan orang ramai supaya tidak menyebarkan perkara ini dan tidak membuat sebarang spekulasi.
‘’Tindakan menyebarkan maklumat palsu boleh diambil tindakan di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan iaitu kesalahan fitnah dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain,’’ katanya.
Baru-baru ini, tular satu laporan polis yang mendakwa Tun Abdul Taib Mahmud dibawa keluar dari sebuah hospital swasta di Kuching pada lewat Sabtu oleh seorang wanita.
Topic Berkaitan
#Taib Mahmud
#TYT Sarawak
#Yang di-Pertua Negeri Sarawak
#Ragad Kurdi Taib
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan