awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan Mossad rekrut warga Malaysia bukan isu politik - Hamzah

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
22/10/2022
06:57 MYT
Dakwaan Mossad rekrut warga Malaysia bukan isu politik - Hamzah
HAMZAH: "Bukan salah parti, sebab parti pun tak tahu pun yang orang tu perangai macam mana." - Gambar fail
LARUT: Dakwaan ejen perisikan Israel, Mossad, merekrut warga Malaysia, tidak harus dijadikan isu politik.
Justeru, parti politik tidak patut dipersalahkan jika ada ahli mereka terlibat dalam kegiatan yang boleh menjejaskan keselamatan negara.
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainudin berkata, lazimnya parti politik tidak melakukan pemeriksaan terperinci apabila seseorang ingin menjadi ahli parti berkenaan.
"Pada saya bukan salah parti sebab parti pun tak tahu pun yang orang tu perangai macam mana.
"Bukan bersifat politik di sini…tak payah kita politikkan di sini. Yang pentingnya ada rakyat Malaysia yang bekerjasana dengan Mossad.. yang itu yang harus kita sama-sama bertanggungjawab. Itu yang sepatutnya kita maklumkan kepada rakyat," ujar Hamzah.
Beliau ditemui selepas Program Deepavali di Dewan Terbuka Sekolah Cina Hulu Sepetang, Batu Kurau, pada Sabtu.
Menurutnya, rakyat perlu bersama-sama bertanggungjawab untuk menjaga keselamatan negara dengan menyalurkan maklumat kepada pihak berkuasa bagi mengambil tindakan terhadap mereka yang melanggar undang-undang.
Pada Rabu, Parti Keadilan Rakyat (PKR) menafikan dakwaan tular di media sosial yang mengaitkan dua daripada 11 individu ditahan dipercayai direkrut oleh ejen Mossad, merupakan ahli parti itu.
Ketua Penerangan PKR, Fahmi Fadzil mengesahkan hasil semakannya dua individu terbabit yang juga suami isteri tidak ada kaitan dengan parti tersebut.
Terdahulu, media melaporkan, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dikatakan berjaya membongkar satu jaringan perisikan Israel, di Malaysia.
Perkara tersebut terbongkar apabila dua rakyat Malaysia dikatakan ditahan kerana dipercayai terbabit dalam kes penculikan warga Palestin akhir September lalu.
Topic Berkaitan
#Mossad
#Hamzah Zainuddin
#warga Malaysia
#politik
#keselamatan negara
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan