KUALA LUMPUR: Pihak pendakwaan mendakwa Datuk Seri Najib Tun Razak melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International Sdn Bhd dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali yang tidak dapat membela dirinya sendiri.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Ashrof Adrin Kamarul yang menjawab affidavit sokongan lanjutan permohonan Najib, berkata isu konflik kepentingan membabitkan hakim itu seperti yang didakwa Najib sepatutnya boleh dibangkitkan ketika perbicaraan, tetapi bekas perdana menteri itu memilih untuk tidak berbuat demikian kerana isu berkenaan adalah tidak sah.
Mohd Nazlan yang kini merupakan Hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun dan denda RM210 juta terhadap Najib, selepas beliau yang ketika itu Hakim Mahkamah Tinggi, mendapati Najib bersalah terhadap tujuh pertuduhan menyeleweng RM42 juta dana SRC International.
Menyentuh mengenai kenyataan Najib berhubung siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap Mohd Nazlan, Mohd Ashrof menegaskan bahawa ia dipenuhi skandal yang bertujuan mencemarkan nama baik Mohd Nazlan sebagai hakim perbicaraan.
"Pengetahuan Najib yang dikatakan sebagai pengetahuan peribadi mengenai siasatan SPRM adalah tidak benar kerana SPRM sebagai agensi penguatkuasaan bebas tidak akan mendedahkan maklumat rahsia berhubung siasatan yang masih berjalan," katanya.
Mohd Ashrof berkata demikian bagi menjawab afidavit sokongan lanjutan Najib dalam permohonannya untuk mendapatkan perisytiharan bahawa perbicaraan SRC batal dan tidak sah serta memohon mahkamah menimbangkan supaya diadakan perbicaraan semula.
Beliau menambah, tiada konflik kepentingan apabila Mohd Nazlan mendengar perbicaraan kes SRC, malah Najib membuat pengakuan bahawa tiada dakwaan rasuah terhadap hakim itu, tetapi hanya sama ada wujudnya konflik kepentingan apabila Mohd Nazlan mendengar perbicaraan kes terbabit.
Katanya dakwaan pembabitan Mohd Nazlan dalam kapasiti sebelumnya sebagai Ketua Kaunsel dan Setiausaha Syarikat Kumpulan Maybank dalam pinjaman RM140 juta kepada Puncak Perdana Sdn Bhd dan RM4.17 bilion kepada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak dibuktikan dan sangkaan semata-mata.
"Dalam apa jua keadaan, keterangan yang didakwa adalah tidak relevan kepada pertuduhan yang dihadapi oleh pemohon (Najib) dalam rayuan ini. Tujuan sebenar (dokumen berhubung dakwaan konflik kepentingan) dikemukakan, iaitu satu dokumen yang tidak bernilai, adalah untuk memburukkan Mohd Nazlan pada pendapat umum sebelum pendengaran permohonan ini," katanya.
Pada 8 Dis tahun lepas, panel tiga hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Datuk Abdul Karim Abdul Jalil menolak rayuan Ahli Parlimen Pekan itu yang mendorong beliau membawa perkara itu ke Mahkamah Persekutuan.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 10 hari bermula 15 Ogos ini untuk mendengar rayuan terakhir Najib terhadap sabitan serta hukuman penjara dan denda yang dijatuhkan terhadapnya. - BERNAMA
Bernama
Thu Jul 21 2022
Najib didakwa melakukan percubaan yang terdesak untuk membatalkan keseluruhan perbicaraan penyelewengan dana RM42 juta SRC International dengan membangkitkan dakwaan tidak berasas terhadap Hakim Mohd Nazlan. - Gambar fail
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Mahkamah dengar rayuan berhubung Titah Adendum pada 6 Januari
Jabatan Peguam Negara meminta semua pihak menghormati prosiding mahkamah dan tidak mengeluarkan sebarang kenyataan yang bersifat subjudis.
SRC International, UMNO diberi masa dua minggu lagi untuk selesai kes saman RM19.5 juta
SRC serta dua anak syarikatnya telah memfailkan saman berasingan terhadap UMNO dan UMNO Selangor pada Mei 2021.
UMNO, UMNO Selangor diberi tempoh lanjutan selesaikan saman RM19.5 juta SRC
Mahkamah Tinggi memberikan lanjutan masa kepada UMNO dan UMNO Selangor untuk mengemas kini kepada mahkamah mengenai penyelesaian saman difailkan oleh SRC International.
'Saya tidak campur tangan dalam siasatan 1MDB, SRC' - Najib
Najib mendakwa tidak mengganggu siasatan pasukan petugas khas 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dan SRC International Sdn Bhd kerana beliau sendiri sedang disiasat ketika itu.
Skandal 1MDB: Najib buat permohonan maaf secara terbuka kepada rakyat Malaysia
Datuk Seri Najib Tun Razak memohon maaf secara terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung skandal yang melibatkan 1MDB semasa beliau menjawat jawatan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
Pengarah SRC bebas letak jawatan jika tidak setuju dengan keputusan syarikat - Najib
Najib memberi contoh bekas Pengerusi 1MDB Tan Sri Mohd Bakke Salleh yang mengambil keputusan berundur pada Okt 2009 atas alasan itu.
Najib kesal terhadap kerugian dialami SRC International
SRC International menuntut Najib membayar pampasan RM42 bilion atas kerugian yang dialami syarikat.
Pembiayaan tambahan RM2 bilion: Najib percaya BOD buat keputusan demi kepentingan SRC
Datuk Seri Najib Tun Razak percaya BOD SRC akan membuat keputusan yang bertanggungjawab demi kepentingan syarikat.
Kerajaan Persekutuan salur geran berjumlah RM39.74 bil kepada 1MDB - Laporan Audit
Menurut laporan itu, Kerajaan Persekutuan perlu membuat pelunasan bayaran kupon IMTN sebanyak RM287.50 juta setahun.
Najib tidak tanya siasatan dana SRC dibekukan di Switzerland - Mahkamah diberitahu
Najib menegaskan beliau percaya apa yang diterima dalam akaunnya itu adalah wang derma.