awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pemalsuan dokumen: FAM buat laporan polis
Snapchat perkenal lensa AI 'Animate It' untuk cipta video janaan automatik
Luruan monsun: Tiada indikator risiko banjir besar awal 2026 - MetMalaysia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan pelajar maut selepas divaksin, polis selesai rakam percakapan suspek

Bernama
Bernama
04/10/2021
04:09 MYT
Dakwaan pelajar maut selepas divaksin, polis selesai rakam percakapan suspek
Mior Faridalthrash berkata kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek. - Foto BERNAMA
IPOH: Polis telah selesai merakam percakapan beberapa individu termasuk seorang suspek yang terlibat berhubung dakwaan dua pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Tasek Damai di sini meninggal dunia selepas divaksinasi seperti yang tular menerusi media sosial, baru-baru ini.
Ketua Polis Perak Datuk Mior Faridalathrash Wahid berkata suspek wanita berusia 39 tahun itu telah dirakam percakapannya di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan, semalam.
"Kami telah merakam percakapan semua yang terlibat dalam kes ini iaitu pengarah kesihatan Ulu Kinta, pengetua sekolah berkenaan, pegawai perubatan yang merawat pelajar terbabit, keluarga pelajar tersebut serta saksi yang berada bersama suspek semasa membuat kenyataan di dalam video yang tular.
"Semasa rakaman percakapan diambil ke atas suspek, beliau mengaku ada membuat kenyataan di dalam video yang tular tersebut," katanya kepada pemberita selepas melakukan pemantauan prosedur operasi standard (SOP) Fasa Dua Pelan Pemulihan Negara (PPN) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) St Michael di sini hari ini.
Mior Faridalthrash berkata kertas siasatan telah dibuka dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan iaitu dengan sengaja mengaibkan dengan niat hendak membangkitkan pecah keamanan dan Seksyen 505(b) kanun sama kerana menyebabkan ketakutan atau kegentaran awam atau kepada mana-mana golongan awam.
Menurutnya kertas siasatan akan dirujuk kepada Pengarah Pendakwaan Negeri untuk melakukan pendakwaan terhadap suspek.
Pada 29 Sept lepas, Mior Faridalathrash berkata dakwaan dua pelajar SMK Tasek Damai di sini meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 menerusi rakaman video yang tular adalah tidak benar.
BACA: Dakwaan pelajar SMK Tasek Damai maut selepas divaksinasi, polis terima 2 laporan
BACA: Dakwaan dua pelajar SMK Tasek Damai meninggal dunia akibat vaksin COVID-19 tidak benar
Menurutnya hasil semakan mendapati dua pelajar sekolah berkenaan dilaporkan meninggal dunia sebelum Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK) Remaja yang bermula pada 20 Sept lepas di negeri ini.
"Seorang pelajar perempuan meninggal dunia disebabkan positif COVID-19 pada 18 Julai manakala seorang lagi pelajar lelaki meninggal dunia akibat sakit jantung pada 17 Sept lepas," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#COVID-19
#vaksin
#SMK Tasek Damai
#Mior Faridalathrash Wahid
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan