awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki

Astro Awani
Astro Awani
24/10/2023
06:46 MYT
Dakwaan rasuah, Radzi Jidin belum dipanggil - Azam Baki
Azam ditemui pemberita selepas merasmikan International Anti-Bribery Anti-Corruption Summit 2023 (ABAC) di sini pada Selasa. - Foto Bernama
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum memanggil bekas Menteri Pendidikan, Datuk Radzi Jidin berhubung projek percetakan buku J-Qaf untuk prasekolah bernilai kira-kira RM80 juta.
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang mengesahkan perkara itu memberitahu, siasatan bagi kes tersebut masih berjalan.
"Belum panggil lagi kerana siasatan masih lagi dijalankan dan saya serahkan kepada pegawai penyiasat untuk menyelesaikan siasatan," katanya.
Beliau berkata kepada pemberita selepas merasmikan International Anti-Bribery Anti-Corruption Summit 2023 (ABAC) di sini pada Selasa.
Dalam pada itu, ditanya sama ada SPRM terbabit siasatan kes pengubahan wang haram membabitkan pengasas bersama dan pemegang saham sebuah syarikat penerbangan, Azam berkata, pihaknya tidak terbabit setakat ini.
"Ia adalah tindakan daripada pihak polis. Siasatan bukan kesalahan di bawah Akta Pencegahan Rasuah 2009," katanya lagi.
Topic Berkaitan
#pengubahan wang haram
#SPRM
#Radzi Jidin
#Tan Sri Azam Baki
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan