Dakwaan mengatakan kerajaan Pakatan Harapan (PH) digulingkan secara 'royal coup' disifatkan melampau dan menghina institusi diraja di negara ini, kata pakar perlembagaan Prof Madya Dr Shamrahayu Abd Aziz.
Shamrahayu berkata segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini, adalah berpandukan kuasa yang diperuntukkan kepada Seri Paduka seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Beliau menjelaskan Perkara 43 (2) dalam Perlembagaan Persekutuan, secara jelas menyebut Yang di-Pertuan Agong mempunyai kuasa budi bicara untuk melantik seorang Perdana Menteri, yang pada hemat Seri Paduka mempunyai kepercayaan majoriti ahli Dewan Rakyat.
"Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, yang tidak sama dengan sistem di negara-negara lain.
"Kenyataan 'royal coup' telah menghina institusi diraja di Malaysia dan mencabar kedaulatan negara," katanya kepada Bernama pada Rabu.
BACA: Jangan hina Agong dan Raja-raja Melayu - MPMMK
Pada Selasa, sebuah akhbar dari United Kingdom seolah-olah menggambarkan pelantikan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri kelapan, sebagai 'royal coup'.
Sementara itu, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak) Tan Sri Abdul Aziz Rahman menegaskan, pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri melambangkan kebijaksanaan Al-Sultan Abdullah dalam menyelesaikan kemelut politik negara.
BACA: Hormati keputusan Agong - Hadi
"Ahli mubarak memberi sokongan penuh kepada Tuanku (atas pelantikan Muhyiddin) kerana ia keputusan yang bijak, dibuat secara terbuka dan demokratik. Sebab itu kami tidak rasakan ia satu 'royal coup'. Ini kebijaksaan Tuanku menyelesaikan masalah.
"Itu (keputusan Seri Paduka) termaktub dalam peruntukan perlembagaan dan bukannya di luar kerangka perlembagaan persekutuan. Cara Tuanku mengendalikan krisis ini adalah sangat hebat dan telus," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 04 2020
SHAMRAHAYU: Sistem Raja Berperlembagaan di Malaysia adalah sebagaimana termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan, tidak sama dengan sistem di negara-negara lain. - Gambar fail
Pembuat roti Perancis pecahkan rekod dunia baguette terpanjang
Rekod roti Baguette terpanjang di dunia dirangkuli oleh negara Perancis setelah sekian lamanya dipegang oleh negara Itali selama lima tahun.
Pusat rawatan TH di Mekah dapat kelulusan permit
Pusat Rawatan Lembaga Tabung Haji (TH) di Mekah menjadi antara pusat rawatan jemaah haji luar negara pertama yang mendapat kelulusan permit atau Tasreh daripada Kementerian Kesihatan Arab Saudi untuk pembukaan dan pengoperasian hospital bagi musim haji kali ini.
Kos sara hidup: Ambil langkah perkukuh jaringan keselamatan sosial
Bergerak ke hadapan, negara juga perlu mengambil langkah dalam memastikan kemasukan FDI berkualiti yang boleh mewujudkan pekerjaan berkualiti dan menawarkan gaji yang kompetitif.
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La
Zelensky tiba di Singapura untuk Dialog Shangri-La pada Sabtu, di mana beliau merancang untuk bertemu Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat, Lloyd Austin.
Kecerdasan Buatan: Sedar risiko, terap ciri kemanusiaan di peringkat awal
Anak muda khususnya lepasan Sijil Pelajaran Malaysia perlu mempertimbangkan segala aspek termasuk risiko, sebelum membuat keputusan meneroka bidang teknologi baharu.
Permohonan fasa pertama ditutup, 50,000 baucar ditebus
Permohonan e-baucar buku bagi fasa pertama ditutup dengan 50,000 baucar berjaya ditebus selepas lapan jam permohonan dibuka, menurut Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).
Padah buat aksi 'Superman', polis tahan tiga mat rempit
Membuat aksi meniarap seperti ‘superman’ membawa padah kepada tiga lelaki apabila ditahan Polis Pulau Pinang dalam Op Samseng Jalanan yang dijalankan Lebuhraya Lingkaran Luar Butterworth (BORR), Pulau Pinang pada Sabtu.
[TERKINI] Bekas Datuk Bandar ditahan terima rasuah
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor menahan seorang bekas Datuk Bandar kerana disyaki menerima rasuah lebih RM1 juta.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 1 Jun 2024.
Anak Angelina Jolie dan Brad Pitt buat permohonan rasmi gugur nama bapa
Shiloh Nouvel Jolie-Pitt menyerahkan petisyen untuk menukar namanya kepada Shiloh Nouvel Jolie.
Dakwaan 'royal coup' hina institusi diraja - Pakar Perlembagaan
Segala tindakan diambil Yang di-Pertuan Agong dalam menyelesaikan krisis politik negara baru-baru ini, adalah berpandukan kuasa yang diperuntukkan kepada Seri Paduka.