KUALA LUMPUR: Saman yang difailkan bekas pembantu penyelidik kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap Presiden PKR itu telah diserahkan kepada firma guaman yang mewakilinya melalui serahan tangan.
Saman itu dikemukakan Muhammed Yusoff Rawther selaku plaintif pada 14 Julai lepas berhubung dakwaan berlaku serangan seksual terhadapnya di kediaman Anwar tiga tahun lepas.
Peguam Mahajoth Singh, yang mewakili Muhammed Yusoff, berkata writ saman dan pernyataan tuntutan telah diserahkan hari ini kepada Tetuan Ranjit Singh & Yeoh di pejabat firma guaman itu di Solaris Dutamas di sini.
"Mahkamah juga menetapkan 9 Sept ini untuk pengurusan kes selanjutnya," katanya ketika dihubungi pemberita selepas pengurusan kes secara dalam talian di hadapan Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi Idamasliza Maarof.
Dalam pernyataan tuntutannya, Muhammed Yusoff, 28, mendakwa serangan seksual itu berlaku pada 2 Okt 2018 di kediaman Anwar, 73, di Segambut apabila beliau diminta oleh setiausaha sulit Anwar iaitu Shukri Saad untuk menyerahkan sendiri teks ucapan sempena sambutan ulang tahun ke-150 Mahatma Gandhi anjuran Pejabat Pesuruhjaya Tinggi India kepada defendan.
Plaintif mendakwa Anwar telah melakukan serangan seksual dan pencerobohan ke atas dirinya dan beliau juga menolak perbuatan defendan serta memintanya berhenti melakukan perbuatan itu.
Dakwanya, Anwar ketika itu jelas kelihatan marah serta kecewa dan sebelum beredar, defendan memberitahu plaintif "I want to do this again" (saya mahu melakukan ini lagi) dan plaintif menjawab bahawa beliau sama sekali tidak akan berdua-duaan di dalam bilik dengan defendan.
Selepas kejadian itu, Muhammed Yusoff mendakwa tiada sebarang komunikasi antara mereka untuk tempoh kira-kira sebulan namun plaintif masih bekerja dengan defendan sebelum dipindahkan ke Yayasan Aman.
Plaintif, yang meletak jawatan pada 24 Jun 2019, berkata satu laporan polis dibuat terhadap Anwar pada 7 Dis 2019 serta beliau telah menjalani ujian poligraf (mengesan pembohongan) di Bukit Aman pada 17 Dis tahun sama dan mendakwa defendan enggan menjalani ujian itu.
Muhammed Yusoff berkata Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar.
Plaintif mendakwa akibat kejadian itu, beliau dituduh berkomplot untuk menjatuhkan dan merosakkan karier politik defendan selain memberi impak kepada kesihatan mentalnya kerana mendapat kritikan daripada pemimpin politik yang menyokong Anwar serta orang awam.
Oleh itu, beliau menuntut ganti rugi khas, umum, teruk dan teladan, faedah, kos serta relif lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Aug 18 2021

Muhammed Yusoff berkata Jabatan Peguam Negara kemudian mengeluarkan kenyataan media menyatakan bahawa tiada bukti yang mencukupi untuk mendakwa Anwar. - Gambar fail
Malaysia belajar Dasar Bandar Hijau dengan Turkiye - DBKL
Wanita Pertama Turkiye, Emine Erdogan meluangkan masa kira-kira satu jam melawat Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur pada Selasa.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Emine disambut oleh isteri Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail selain Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Dr Zaliha Mustafa dan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr Maimunah Mohd Sharif.
Kematian tahanan: Siasatan masih berjalan - Saifuddin
Siasatan kes kematian seorang tahanan Penjara Taiping dipercayai akibat dipukul bulan lepas masih berjalan.
10 Berita Pilihan - (11 Februari 2025)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Tumpuan Rabu – 12 Februari 2025
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Kumpulan aktivis Thailand khuatir Trump kembalikan penyedut minuman plastik
Beberapa aktivis alam sekitar di Thailand kecewa dan bimbang susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump menandatangi perintah eksekutif untuk mengembalikan penggunaan straw plastik.
Trump isytihar "perang" terhadap penyedut kertas
Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengisytiharkan perang terhadap penyedut kertas dan mahu mengembalikan penggunaan plastik.
Data kanak-kanak British maut mungkin telah dipadamkan Tiktok
Keluarga kanak-kanak berusia antara 12 higga 14 tahun itu telah menfailkan saman terhadap Tiktok dan syarikat induknya, Bytedance dalam usaha memaksa syarikat tersebut mendedahkan data anak-anak mereka.
Kanak-kanak 8 tahun maut ditikam guru di sekolah
Seorang guru menikam murid perempuan berusia lapan tahun hingga maut di sebuah sekolah rendah di Korea Selatan pada Isnin, menurut laporan media tempatan yang memetik pihak berkuasa.
Kenyataan Trump sangat 'berbahaya dan gila'- Penduduk Palestin
Kebimbangan penduduk rakyat Palestin di Tebing Barat disuarakan terhadap kenyataan terbaru Presiden Amerika Syarikat.
Tebusan dibebaskan jika hormati gencatan senjata - Hamas
Tebusan Israel hanya akan dibebaskan dari Gaza jika perjanjian gencatan senjata antara Hamas-Israel dihormati.

Anwar cadang Turkiye sebagai rakan dialog ASEAN
Malaysia, selaku pengerusi ASEAN mencadangkan agar Turkiye dimasukkan sebagai rakan dialog ASEAN.

Turkiye seru bantuan lebih kukuh, penyelesaian berkekalan bagi Palestin dan Syria
Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan menyeru bantuan kemanusiaan yang lebih kukuh untuk Gaza dan Syria.

Sasaran jumlah dagangan AS$10b bakal buka peluang baharu dengan Malaysia - Erdogan
Erdogan berkata, sasaran itu adalah selari dengan visi kedua-dua negara untuk meningkatkan mobiliti dan kepelbagaian dalam perdagangan dan pelaburan, yang bakal memanfaatkan Malaysia dan Turkiye.

Malaysia-Turkiye terus fokus kukuhkan hubungan bilateral
Pertemuan empat mata di antara Anwar dan Erdogan menyentuh fokus memperkukuhkan lagi hubungan bilateral, selain bertukar-tukar pandangan tentang isu serantau dan global.

Lawatan Erdogan: Malaysia, Turkiye jalin kerjasama strategik melalui 11 MoU
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini menyaksikan pertukaran 11 perjanjian persefahaman (MoU) di antara dua negara.

Anwar, Erdogan adakan pertemuan empat mata
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Presiden Turkiye Recep Tayyip Erdogan hari ini mengadakan pertemuan empat mata di Kompleks Perdana Putra.

Presiden Erdogan diberi sambutan rasmi di Perdana Putra
Sebaik tiba pada 11.10 pagi, Erdogan disambut Perdana Menteri Anwar sebelum lagu kebangsaan kedua-dua negara dimainkan.

Turkiye sasar ganda perdagangan dengan Malaysia kepada US$10 bilion
Erdogan berkata, Turkiye ingin meningkatkan usaha bersama dalam setiap sektor dan bergerak maju bersama dalam pelbagai bidang dengan Malaysia.

Erdogan pejuang Palestin sejati, tidak gentar kutuk pendudukan haram, pembunuhan beramai-ramai - Anwar
Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan adalah antara pemimpin dunia yang menunjukkan kecerahan moral dan keberanian dalam memperjuangkan nasib rakyat Palestin.

Anwar mahu Jabatan Kastam perkukuh integriti, kerajaan tegas tangani rasuah
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mahukan Jabatan Kastam Diraja Malaysia terus memperkukuh nilai integriti dalam kalangan pegawai dan anggota.