awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amaran PBB: Keganasan di Myanmar memuncak menjelang pemilihan di bawah kawalan tentera
Trump didakwa naik jet peribadi Epstein lapan kali pada 1990-an – Dokumen DOJ
[KOLUMNIS] Pengesanan awal penyakit buah pinggang cegah beban sektor kesihatan yang kian nazak
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan TOI tidak tepat dan disalah tafsir - Aktivis Rohingya

Fareez Azman
Fareez Azman
14/12/2020
12:04 MYT
Dakwaan TOI tidak tepat dan disalah tafsir - Aktivis Rohingya
Aktivis Rohingya, Amir Hossen berkata, keadaan etnik itu di negara ini sudah cukup menjelaskan bagaimana mereka bersusah payah meneruskan kelangsungan hidup. - Gambar fail
KUALA LUMPUR:Dakwaan portal berita The Times of India yang mengaitkan aktiviti keganasan dengan etnik Rohingya di Malaysia bersama pendakwah bebas, Dr Zakir Naik adalah palsu, tidak tepat malah telah disalah tafsir.
Aktivis Rohingya, Amir Hossen berkata, keadaan etnik itu di negara ini sudah cukup menjelaskan bagaimana mereka bersusah payah meneruskan kelangsungan hidup.
"Sudah tentu sebagai etnik Rohingya, saya merasa kesal dengan dakwaan itu. Rohingya hanya etnik minoriti dalam dunia ini, kami hanya tinggal di Malaysia untuk kelangsungan hidup.
"Bagaimana dakwaan Rohingya terlibat dengan aktiviti keganasan? Kerajaan Malaysia tahu bagaimana kehidupan etnik Rohingya yang bekerja di beberapa sektor sahaja.
"Jika kami ini menjurus ke arah aktiviti seperti itu, lebih baik kami memperjuangkan nasib kami di negara kami sendiri. Sekarang di Malaysia, kami hanya cuba meneruskan hidup, bagaimana pula kerajaan India boleh kaitkan kami dengan Dr Zakir Naik. Ini adalah satu salah tafsir dan dakwaan palsu hanya untuk mengalih perhatian dengan protes yang sedang berlaku di negara India," katanya ketika dihubungi Astro AWANI.
Terdahulu, portal berita itu yang memetik maklumat daripada dokumen perisikan, mengatakan rancangan serangan di beberapa kawasan di India oleh masyarakat Rohingya kini sudah berada di peringkat akhir.
Ia turut melaporkan, transaksi melibatkan lebih RM820,000 itu dijejak ke seorang pemimpin Rohingya yang berpangkalan di Kuala Lumpur yang dipercayai mempunyai kaitan dengan pendakwah Dr Zakir Naik.
Zakir yang diberikan status pemastautin tetap di Malaysia pada tahun 2012 sebelum ini dilaporkan pernah memohon untuk mendapatkan status warganegara.
Topic Berkaitan
#TOI
#pengganas
#etnik rohingya
#Malaysia
#India
#portal berita
#Dr Zakir Naik
#pendakwah bebas
#transaksi wang
#serangan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan