awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Selangor tolak permohonan bina eskalator di Gua Batu Caves atas nama individu - Exco
Fasa pertama Banci Ekonomi 2026 fokus sektor informal, termasuk peniaga dalam talian - DOSM
Peranti eBraille memudahkan OKU penglihatan akses al-Quran, ilmu agama
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan ugut bapa tiri: Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars dilepas tanpa dibebaskan

Fareez Azman
Fareez Azman
20/01/2022
11:41 MYT
Dakwaan ugut bapa tiri: Anak lelaki pengasas kosmetik Dnars dilepas tanpa dibebaskan
Mohamed Aqbar Hakim Jasman yang juga anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Allahyarham Faziani Rohban Ahmad tiba di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur pada Khamis. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, di sini, hari ini melepaskan tanpa membebaskan anak lelaki pengasas kosmetik Dnars, Mohamed Aqbar Hakim Jasman, daripada pertuduhan menggugut bapa tirinya dua tahun lalu.
Majistret S. Mageswary membuat keputusan itu selepas Timbalan Pendakwa Raya Najihah Farhana Che Awang, memaklumkan mangsa dan isterinya tidak hadir ke mahkamah hari ini bagi memberikan penjelasan hasrat mereka untuk tidak meneruskan kes terhadap tertuduh.
Dalam prosiding hari ini, Mageswary berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ketidakhadiran pengadu yang telah diberikan sapina dan wang jaminan dikenakan terhadap tertuduh turut dikembalikan.
Bagaimanapun jelasnya, ia terpulang kepada pihak pendakwaan untuk menuduh semula atau tidak terhadap tertuduh selepas ini.
Sementara itu, Timbalan Pendakwa Raya berkata, Nurulain Syahirah Mat Hasmuni dan suaminya, Ahmad Shah Rizal Ibrahim yang juga mangsa dan bapa tiri tertuduh telah menerima sapina untuk memberi keterangan dalam perbicaraan hari pertama itu.
Bagaimanapun, kedua mereka tidak hadir ke mahkamah hari ini (Khamis) tanpa sebarang alasan.
Mohamed Aqbar berdepan pertuduhan menakutkan secara jenayah terhadap bapa tirinya, Ahmad Shah, 45, dengan ugutan hendak menyebabkan kematian.
Perbuatan itu didakwa dilakukan tertuduh menerusi hantaran aplikasi pesanan ringkas Whatsapp terhadap mangsa.
Dia didakwa melakukan perbuatan itu di sebuah pusat beli-belah di Jalan Bukit Bintang pada 15 Jun, 2020 sekitar jam 8.45 malam.
Bagaimanapun, pada 1 Julai 2020, tertuduh mengaku tidak bersalah atas dakwaan berkenaan.
Tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara maksimum tujuh tahun atau denda atau kedua duanya sekali mengikut Seksyen 506 Kanun Keseksaan, jika sabit kesalahan.
Topic Berkaitan
#kosmetik Dnars
#Mohamed Aqbar Hakim Jasman
#Nurulain Syahirah Mat Hasmuni
#Ahmad Shah Rizal Ibrahim
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan