awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen

Bernama
Bernama
10/01/2025
15:30 MYT
Dakwaan warganegara China diberi layanan istimewa tidak berasas - KP Imigresen
Zakaria berkata kadar kemasukan warganegara China selepas pelaksanaan PLV mengalami peningkatan, iaitu sebanyak 3.9 juta pada tahun lepas, berbanding 1.6 juta pada 2023, peningkatan hampir 140 peratus. - Gambar fail/FB JIM
PUTRAJAYA: Dakwaan warganegara China tidak perlu melalui prosedur pemeriksaan imigresen dan tidak boleh ditahan ketika masuk ke Malaysia adalah tidak berasas, kata Ketua Pengarah Imigresen Datuk Zakaria Shaaban.
"Pihak Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) ingin menegaskan bahawa kedua-dua kenyataan ini adalah tidak berasas dan boleh menjejaskan imej dan kredibiliti jabatan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata demikian susulan tular satu hantaran di laman Facebook yang mendakwa terdapat arahan yang tidak membenarkan pegawai imigresen untuk menahan atau memeriksa pelawat dari China.
Mengulas lanjut, Zakaria berkata peningkatan kemasukan warganegara China ke Malaysia ialah impak positif hasil dasar kerajaan untuk mempromosikan Malaysia sebagai destinasi pelancongan utama melalui pelaksanaan Pelan Liberalisasi Visa (PLV).
Beliau berkata kadar kemasukan warganegara China selepas pelaksanaan PLV mengalami peningkatan, iaitu sebanyak 3.9 juta pada tahun lepas, berbanding 1.6 juta pada 2023, peningkatan hampir 140 peratus.
Zakaria berkata susulan peningkatan pelawat ke Malaysia, Kementerian Dalam Negeri membenarkan warga asing dari 63 negara termasuk China, untuk menggunakan kemudahan autogate di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bagi memantapkan pengurusan kemasukan serta mengurangkan waktu menunggu.
"JIM menyokong dasar kerajaan untuk mempermudah kemasukan warganegara asing ke Malaysia, terutamanya pelawat sosial yang mampu menjana ekonomi negara.
"Jabatan juga sentiasa komited dalam memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat dan pengembara asing yang memasuki Malaysia tanpa kompromi terhadap isu keselamatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Facebook
#Jabatan Imigresen Malaysia
#warga asing
#KLIA
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan