awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sindiket 'Geng Sojul' dibongkar, seludup warga asing menerusi Kelantan
Interpol keluar notis merah buru taikun minyak Indonesia Riza Chalid
Inkues Zara Qairina: Saksi dakwa aduan kehilangan barang pelajar tidak diambil serius
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dalam kenangan: Enam pelajar maut di luar negara dalam tempoh seminggu

Madiha Abdullah
Madiha Abdullah
30/01/2016
05:01 MYT
Dalam kenangan: Enam pelajar maut di luar negara dalam tempoh seminggu
Enam kematian pelajar tempatan di luar negara dalam tempoh lapan hari. - Gambar fail
Sewaktu meninggalkan tanah air untuk menimba ilmu, mereka adalah antara yang bertuah kerana diberi peluang merasai pengalaman berharga di negara orang.
Pemergian mereka ke negara asing dirindui keluarga dan kepulangan mereka dinanti. Namun, apabila tiba takdir yang membawa khabar memilukan, tiada siapa yang mampu menghalang.
Tragedi menimpa, dan mereka pergi sebelum sempat menghadiahkan segulung ijazah buat membalas jasa ibu bapa dan keluarga di tanah air.
Astro AWANI mengenang enam anak muda yang penuh visi dan misi, namun terpaksa akur dijemput Tuhan dalam usia yang masih hijau.
Salam takziah ditujukan buat semua ahli keluarga mangsa dan diharapkan segala urusan dipermudahkan.
Buat semua pelajar Malaysia lain yang kini menuntut ilmu di luar negara, dalam pada kita percaya pada ajal dan ketentuan Tuhan, jagalah diri anda sebaik mungkin pada setiap masa dan situasi.
Pelajar Malaysia maut di luar negara
Pelajar Malaysia maut di luar negara
Berikut adalah pautan ke beberapa laporan berita sejak seminggu yang lalu:
JORDAN, 23 JANUARI 2016
Fatin Ikmal Izyani Che Aziz, Hana' Azaha dan Al Najiatun Nailah Mohd Shafie, kesemuanya pelajar tahun tiga Universiti Mu'tah, Amman, maut dalam kemalangan ketika dalam perjalanan ke Mafraq untuk menghadiri sebuah program jaulah.
BACA: Tiga pelajar Malaysia maut kemalangan di Jordan BACA: Identiti tiga pelajar Malaysia maut di Jordan dikenal pasti
PERANCIS, 24 JANUARI 2016
Kegembiraan bermain ski di Nice pada 22 Januari lalu berakhir dengan tragedi bagi pelajar Universiti Nantes, Perancis, Affiah Ariffin Hew, apabila terbabit dalam kemalangan sewaktu bermain ski. Affiah koma dua hari sebelum menghembuskan nafas terakhir di samping ahli keluarga termasuk ibunya, Latipah Madon.
BACA: Kementerian Luar sahkan pelajar Malaysia maut kemalangan ski di Perancis BACA: Ingin jumpa semua anggota keluarga permintaan terakhir Affiah
LONDON, 27 JANUARI 2016
Ketika kota London hiruk-pikuk dengan orang ramai yang berpusu-pusu pulang dari tempat kerja, Muhamad Aaron Maseri menemui ajal selepas dilanggar kereta api bawah tanah (TUBE) ketika dalam perjalanan pulang dari kampus universitinya, Universiti Middlesex.
BACA: Kementerian Luar sahkan pelajar Malaysia maut dilanggar kereta api di London BACA: Jenazah Aaron dibawa pulang ke Malaysia pada Rabu
INDIA, 27 JANUARI 2016
Pelajar tajaan Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia (JPA), S. Uthaya Kumar, maut selepas motosikal yang diboncengnya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah bas. Uthaya yang merupakan pelajar tahun ketiga Kolej Perubatan Manipal meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Kerajaan Chitradurga.
BACA: Pelajar Malaysia maut kemalangan motosikal di India BACA: Polis Karnataka tahan pemandu bas
Topic Berkaitan
#kemalangan
#maut
#pelajar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan