PUTRAJAYA: Kerajaan akan melancarkan Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) tidak lama lagi bagi mentransformasi sektor agromakanan yang mapan, berdaya saing dan berteknologi tinggi serta dapat memacu pertumbuhan ekonomi bagi meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata golongan muda diharap menyokong usaha kerajaan dengan membawa teknologi moden seperti Internet benda (IoT), teknologi pendigitalan, teknologi mekanisasi dan automasi ke dalam sektor agromakanan pada era Revolusi Industri Keempat (IR 4.0).
"Ini (teknologi) dapat melonjakkan sektor agromakanan ke suatu dimensi yang lebih kompetetif, efektif dan berdaya saing dari permulaan aktiviti pengeluaran, lepas tuai, pemborongan, peruncitan serta pengedaran agar sektor ini berkembang lebih pantas dan mampu memberi pulangan lumayan kepada golongan sasar," katanya.
Berucap sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan 2021 melalui laman Facebook rasmi Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP) hari ini, Muhyiddin berkata kerajaan juga telah melaksanakan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dengan memfokuskan kepada pengeluaran makanan dan input ternakan secara tempatan.
Beliau berkata kerajaan juga akan menubuhkan Lembaga Ruminan Negara yang akan beroperasi secara berfasa mulai 2022 bagi mempertingkatkan kemapanan dan pertumbuhan industri ternakan.
Menurutnya, penubuhan Lembaga Ruminan Negara itu telah dipersetujui dalam Mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Dasar Sekuriti Makanan Negara (FSCC).
Memahami kesukaran yang dihadapi peladang, penternak dan nelayan yang berdepan dengan pandemik COVID-19, Muhyiddin turut menegaskan bahawa kerajaan sama sekali tidak pernah meminggirkan golongan tersebut.
Sebagai menghargai sumbangan golongan tersebut dalam memastikan bekalan makanan stabil dan terjamin, kerajaan telah memberi peruntukan berskala besar dan berterusan kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi memastikan rantaian aktiviti pengeluaran makanan terus berdaya saing dan tidak terjejas.
"Ketika negara lain menghadapi krisis kekurangan dan terputus bekalan makanan namun Malaysia masih mempunyai stok bekalan makanan yang stabil dan terjamin.
"Kesemua ini adalah hasil komitmen dan usaha berterusan tanpa mengenal penat lelah para peladang, penternak dan nelayan yang pada hakikatnya adalah petugas barisan hadapan atau frontliners kita dalam sektor agromakanan negara," katanya.
Memperincikan peruntukan yang telah diluluskan kerajaan, Muhyddin berkata sebanyak RM640 juta diperuntukkan kepada MAFI menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi (PRE) 2020, Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN) dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA).
Melalui Belanjawan 2021 pula, Perdana Menteri berkata sebanyak RM4.79 juta diperuntukkan kepada MAFI bagi merancakkan sektor pertanian dan industri makanan selain peruntukan RM1.53 bilion bagi subsidi serta insentif pengeluaran padi negara, yang memanfaatkan 300,000 pesawah.
Muhyiddin berkata kerajaan juga telah memperkenalkan Projek Smart Sawah Berskala Besar (Smart SBB) sebagai usaha meningkatkan pendapatan pesawah melalui penghapusan atau pengurangan peranan orang tengah di sepanjang rantaian industri padi dan beras negara.
Melalui Smart SBB, katanya ia berupaya membantu negara mencapai sasaran tahap sara diri (SSL) beras sebanyak 75 peratus dalam tempoh Rancangan Malaysia ke-12 (RMK-12).
Muhyiddin berkata Projek Pertanian Kebuniti juga diteruskan tahun ini dengan peruntukan khas sebanyak RM30 juta yang dikhususkan kepada golongan B40.
"Peruntukan yang disediakan bertujuan membantu golongan sasar mempergiatkan aktiviti ekonomi demi kelangsungan bekalan makanan negara dan memberi peluang kepada peladang, penternak dan nelayan memperoleh pendapatan secara berterusan," katanya.
Bagi golongan nelayan laut pula, Perdana Menteri berkata kerajaan telah bersetuju menaikkan elaun sara hidup bulanan daripada RM250 kepada RM300 sebulan, manakala elaun sara hidup nelayan darat pula dinaikkan daripada RM200 kepada RM250 sebulan, dengan nilai peruntukan sebanyak RM151 juta setahun.
Muhyiddin berkata sebanyak RM338 juta diperuntukan di bawah Dana Jaminan Makanan Negara (DJM) bagi memastikan MAFI terus meneroka pelbagai program berpotensi dan berimpak tinggi.
Mengenai program memperkasakan pergerakan LPP, Muhyiddin berkata model perniagaan projek-projek berjaya LPP akan direplikasi dengan melibatkan RM60 juta menerusi Projek Pertanian Organik dan Projek Ladang E-Satelit yang dijangka memanfaatkan 1,700 peladang.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 06 2021
Muhyiddin berkata kerajaan telah melaksanakan Pelan Tindakan Dasar Sekuriti Makanan Negara 2021-2025 dengan memfokuskan kepada pengeluaran makanan dan input ternakan secara tempatan. - Facebook Kementerian Pertanian dan Industri Makanan
Kertas kabinet wujud sektor sukan dibentang dalam tempoh sebulan - Hannah
Hannah berkata dengan data yang lebih menyeluruh melibatkan sektor industri sukan nanti, pihaknya akan mampu merangsang pertumbuhan sukan di negara ini dengan lebih baik.
Tiga Syarikat Semikonduktor umum melabur di Pulau Pinang - Kon Yeow
Tiga syarikat semikonduktor dari China menyatakan komitmen untuk membuat pelaburan baharu di Pulau Pinang.
Pindaan garis panduan lawatan: Sekolah diharap susun semula program - Fadhlina
Semua sekolah diharap dapat menyusun semula program lawatan masing-masing berikutan pindaan Garis Panduan Lawatan Murid Sekolah pada tahun lepas bagi mengukuhkan pembelajaran di luar kelas, kata Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.
Kebajikan pendidikan anak-anak dijaga sehingga tamat sekolah - KPM
Kementerian Pendidikan Malaysia akan memastikan kebajikan pendidikan anak-anak 10 pegawai dan anggota Tentera Laut Diraja Malaysia yang terkorban dalam nahas helikopter di Lumut, Perak, terus dijaga sehingga mereka tamat persekolahan.
Chegubard ditahan polis berkaitan hantaran mengenai kasino di Forest City
Chegubard ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi di sini berkaitan hantaran mengenai pengoperasian kasino di Forest City pada Sabtu.
Zahid minta pihak dalam BN buka "buku baharu"
Ahmad Zahid menegaskan senario politik tanah air sudah berubah dan terdapat banyak video lama dari parti lawan yang meminta pengundi menyokong DAP.
Malaysia kongsi pengalaman dalam usaha berterusan mempertahan Palestin
Delegasi negara akan berkongsikan peranan Malaysia dalam usaha berterusan mempertahankan nasib Palestin dalam Persidangan Liga Parlimen Al-Quds kelima yang berlangsung di Istanbul, Turki pada Sabtu.
Universiti Malaya mohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia
Jabatan Pengajian Antarabangsa dan Strategik, Universiti Malaya memohon maaf kepada seluruh rakyat Malaysia berhubung kenytaaan tidak bertanggungjawab Profesor Dr Bruce Gilley pada 24 April lalu.
Genting Malaysia nafi terbabit perbincangan
Selepas Berjaya Corporation Bhd dan Kerajaan Negeri Johor, kini Genting Malaysia Bhd pula menafikan sebarang penglibatan dalam perbincangan mengenai pengoperasian kasino di Forest City, Johor.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 27 April 2024.
Bersatu ambil tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimen - Muhyiddin
Bersatu sedang melaksanakan tindakan susulan terhadap enam ahli Parlimennya yang menyokong Perdana Menteri selepas meminda Perlembagaan parti bulan lalu.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan akan dibebani isu semasa - Muhyiddin
PRK ini bakal jadi referendum untuk rakyat suarakan pandangan yang disifatkan Muhyiddin sebagai perasaan tidak puas hati.
Kes saman Ahmad Zahid terhadap Muhyiddin selesai secara baik
Kes saman yang difailkan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap bekas Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, selesai secara baik di Mahkamah Tinggi hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon PN
Pemangku Ketua Bahagian Bersatu Hulu Selangor Khairul Azhari Saut diumumkan sebagai calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu.
Panel lima hakim Mahkamah Rayuan akan dengar permohonan Muhyiddin
Muhyiddin memohon bagi mendapatkan kebenaran menyemak keputusan panel sebelum ini yang mengembalikan semula empat pertuduhan salah guna kuasa membabitkan RM232.5 juta terhadapnya.
Muhyiddin tidak layak beri kenyataan selagi gagal bantu panggil menantu hadapi tuduhan pecah amanah - Fahmi
Katanya, Muhyiddin gagal membantu pihak berkuasa meminta menantunya yang menghilangkan diri untuk tampil bagi menghadapi pertuduhan.
Peruntukan pembangkang: 'Kalau ikhlas, tak perlu ada MoU' - Muhyiddin
Tidak perlu ada memorandum persefahaman (MoU) jika Kerajaan Perpaduan ikhlas untuk memberikan peruntukan kepada Ahli Parlimen pembangkang, kata Tan Sri Muhyiddin Yassin.
PRK Kuala Kubu Baharu: PN muktamad calon esok, umum 25 April - Muhyiddin
PN memuktamadkan calon bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu esok dan dijangka mengumumkan calon mereka pada 25 April ini.
Muhyiddin mohon lima hakim dengar permohonan semakan
Muhyiddin mohon semakan kehakiman bagi mencabar keputusan yang mengarahkan kes rasuah berjumlah RM232.5 juta.
Saya bersedia berhadapan sebarang kemungkinan yang berlaku - Syed Abu Hussin
Syed Abu Hussin menjelaskan sebagai seorang politik beliau perlu sentiasa bersedia dalam apa jua kemungkinan yang bakal berlaku.