SURUHANJAYA Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ini memaklumkan pihaknya kini sedang menjalankan siasatan berhubung penyelewengan dana Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) di Sabah yang dipercayai berjumlah RM1.5 bilion dalam tempoh tujuh tahun lalu.

Secara ringkas, banyak yang boleh dilakukan untuk rakyat dengan dana awam berjumlah RM1.5 bilion tersebut.

Kami gariskan lima contoh yang terbaik di sini:

  1. Membiayai keseluruhan bajet pembangunan luar bandar Sabah pada 2016.
  2. Membiayai 40.5 peratus daripada keseluruhan perbelanjaan Negeri Sabah untuk tahun 2017.
  3. Membiayai Biasiswa Negeri Sabah selama 37.5 tahun.
  4. Membina 11.7 peratus daripada Lebuhraya Pan Borneo Sabah.
  5. Mengurus Universiti Malaysia Sabah (UMS) selama 3.6 tahun.