awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana politik: SPRM beri taklimat kepada Majlis Presiden PH - Tun Mahathir

Wan Syamsul Amly
Wan Syamsul Amly
03/05/2019
12:52 MYT
Dana politik: SPRM beri taklimat kepada Majlis Presiden PH - Tun Mahathir
Majlis Presiden Pakatan Harapan ketika bermesyuarat hari ini. - Astro AWANI/Shahir Omar
Majlis Presiden Pakatan Harapan (PH) hari ini diberi taklimat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkenaan isu pembiayaan parti politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
Jelas Perdana Menteri, setiap parti memerlukan dana untuk menjalankan tugas, bagaimanapun mereka tidak boleh menerima apa-apa dana atau sumbangan daripada mana-mana pihak.
"Parti memerlukan dana. Jadi SPRM meminta parti memikirkan cara-cara yang dibenarkan untuk menerima dana politik," katanya semasa sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Presiden PH di sini, pada Jumaat.
Dr Mahathir sebelum ini berkata, undang-undang berkaitan pembiayaan parti-parti politik di negara ini akan digubal sebagai usaha membanteras amalan rasuah.
BACA: PH belum buat keputusan mengenai dana politik - Dr Mahathir
Jelasnya, perkara itu bagi menghalang pemberian wang atau dana daripada ahli dan penyokong parti yang mengharapkan sesuatu sebagai balasan sekali gus menjurus kepada rasuah.
Sementara itu, katanya, mesyuarat turut membincangkan perayaan menjelang satu tahun Kerajaan Malaysia Baharu.
"Rakyat akan diberitahu apa yang sudah dilakukan PH kerana rakyat kini banyak terdedah dengan berita palsu.
"Kerajaan PH kini sudah mencatat banyak kejayaan namun paling penting adalah usaha untuk menyelesaikan isu kekurangan wang sekali gus memulihkan negara dalam jangka masa yang tidak panjang," katanya.
Selain itu, ujarnya, mesyuarat turut melakukan post-mortem kekalahan PH pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau baru-baru ini.
Pada PRK Rantau lalu, calon Barisan Nasional, Datuk Seri Mohamad Hasan menang dengan majoriti 4,510 undi selepas memperoleh 10,397 undi berbanding calon PKR, Dr S. Streram yang hanya mendapat 5,887 undi.
Dua lagi calon bebas iaitu R. Malarvizhi dan Mohd Nor Yassin masing-masing hanya memperoleh 83 dan 79 undi.
Topic Berkaitan
#dana politik
#Majlis Presiden Pakatan Harapan
#pembiayaan parti politik
#SPRM
#Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan