SHAH ALAM: Kerajaan setakat ini telah memperuntukkan sebanyak RM63.32 juta kepada Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) bagi menjayakan Program Kebun Komuniti (Kebuniti) di seluruh negara.
Dalam satu kenyataan pada Sabtu, Menterinya, Datuk Seri Ronald Kiandee berkata, sejumlah RM28.82 juta telah diperuntukkan bagi program tersebut bermula sejak 2014 hingga 2020.
Katanya, peruntukan itu meliputi RM10 juta di bawah Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) 2020 yang telah memberi manfaat kepada 165,207 orang di seluruh negara.
“Susulan daripada sambutan menggalakkan daripada masyarakat telah mendorong kerajaan untuk memberi peruntukan tambahan sebanyak 30 juta ringgit pada tahun 2021 selain peruntukan tahunan sebanyak RM4.5 juta yang telah memberi manfaat kepada 39,608 orang melibatkan 25,775 lokasi seluruh Malaysia,” katanya.
Ronald berkata, Program Kebuniti itu memberi manfaat dari aspek ekonomi, sosial dan persekitaran setempat selain menjana peluang pekerjaan serta menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar dan luar bandar.
Pada Sabtu, beliau bersama Jabatan Pertanian Malaysia (DOA) telah menyalurkan beberapa insentif dalam Program Kebuniti dan Program Pertanian Organik melalui Program Sentuhan Kasih yang diadakan di Dewan Kampung Bauto, Telupid, Sabah.
Seramai 300 peserta daripada pelbagai kampung di Telupid, Sugut dan Labuk akan menyertai Program Kebuniti itu dengan menggunakan kaedah penanaman secara konvensional melalui insentif pertanian seperti pasu panjang (planter box), peralatan kecil, baja dan benih tanaman.
Pada masa sama, Ronald turut berkesempatan menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada penduduk sekitar Kampung Bauto, Telupid yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Inisiatif MAFI Prihatin itu dijayakan dengan kerjasama Persatuan Gabungan Pekebun Buah-Buahan Malaysia (FMFFA) dan Persatuan Buah-buahan Negeri Sabah melalui sumbangan 250 kotak bantuan makanan berupa bahan makanan asas seperti beras, gula, tepung dan sebagainya kepada golongan sasar.
Dalam kenyataan sama, Ronald turut memaklumkan MAFI telah memperuntukkan sebanyak RM50 juta bagi pelaksanaan Program Pertanian Organik yang baru diperkenalkan tahun ini pada bagi tujuan meningkatkan hasil pertanian ke arah makanan selamat dimakan dan mesra alam.
Ronald (tiga dari kiri) ketika menyampaikan sumbangan MAFI Prihatin kepada penduduk sekitar Kampung Bauto, Telupid yang terjejas akibat pandemik COVID-19.
Menurutnya, peruntukan tersebut telah disalurkan kepada pelbagai jabatan dan agensi di bawah MAFI seperti Jabatan Pertanian Malaysia (DOA), Lembaga Pertubuhan Peladang (LPP), Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), Jabatan Perikanan (DOF) dan Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).
“DOA telah menerima peruntukan berjumlah RM10 juta dan daripada jumlah tersebut sebanyak RM500,000 telah disalurkan kepada Jabatan Pertanian Negeri Sabah pada 10 Mei 2021.
“Sebanyak 27 komuniti di daerah Beluran, Sabah melibatkan seramai 83 orang peserta dengan keluasan seluas 33 hektar telah menerima manfaat daripada Program Pertanian Organik,” ujarnya.
Ronald berkata, MAFI sentiasa berusaha meningkatkan pengeluaran makanan secara domestik dan memberi nilai tambah dalam kehidupan rakyat melalui aktiviti pertanian.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Oct 16 2021
Ronald (tiga dari kanan) ketika menghadiri Program Sentuhan Kasih yang diadakan di Dewan Kampung Bauto, Telupid, Sabah. -Sinar Harian
Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama tiada agenda pluralisme agama - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Mohd Na'im Mokhtar menafikan Persidangan Antarabangsa Ketua-Ketua Agama 2024 esok ada kaitan dengan agenda pluralisme agama.
Permohonan aktivis untuk cabar keputusan AG tak dakwa pendakwah ditolak
Panel tiga hakim membuat keputusan sebulat suara menolak permohonan yang dikemukakan oleh S. Sivakumar dan M. Rajasegaran.
Forum Putrajaya 2024: Perkuat diplomasi pertahanan, manfaatkan teknologi baharu
Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, menekankan pentingnya meningkatkan diplomasi pertahanan dan memanfaatkan teknologi baharu untuk menangani ancaman bukan tradisional dan trend yang muncul.
Pemandu bas halau penumpang: APAD arah siasatan lanjut dijalankan
Memandang serius insiden berkenaan, APAD dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa syarikat itu telah menggantung tugas pemandu bas terlibat.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS selepas alami kenaikan awal
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7380/7405 berbanding dolar AS daripada 4.7370/7400 ketika ditutup pada Jumaat minggu lepas.
AWANI Ringkas: Belasungkawa | Isu kasino Forest City
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN terakhir lancar manifesto, kemuka lima tawaran
Calon Perikatan Nasional (PN) Khairul Azhari Saut hari ini melancarkan manifesto Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang mengandungi lima tawaran.
Polis tingkat kawalan keselamatan pemain TFC
Polis Terengganu meningkatkan kawalan keselamatan terhadap pemain Terengganu FC (TFC) susulan insiden serangan yang menimpa dua pemain bola sepak tempatan pada Khamis dan semalam.
Bursa Malaysia melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu
Bursa Malaysia meneruskan kenaikan minggu lepas untuk ditutup tinggi bagi hari ketiga dagangan berturut-turut hari ini dengan indeks utama mencecah paras tertinggi dalam tempoh 52 minggu.
AWANI 7:45 [06/05/2024] – Tiada kaitan 'bookie' | perlu setimpal pengiktirafan | Rela berhenti daripada lama di pejabat
- Kes Akhyar, Faisal Halim tiada kaitan bookie, polis minta jangan reka cerita.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
- Penjawat awam tiada integriti tak berhak dapat layanan sama.
- 80% pekerja Malaysia pilih masuk pejabat hanya tiga hari seminggu.
- Hail Amir meninggal dunia kerana komplikasi paru-paru.
Orang ramai disaran ceburi kaedah pertanian bandar Kebuniti, bantuan disediakan
Langkah itu bukan sekadar dapat mengurangkan kebergantungan terhadap bekalan dari luar malah turut membantu meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Dana RM63.32 juta untuk Program Kebuniti
Sejumlah RM28.82 juta telah diperuntukkan bagi program tersebut bermula sejak 2014 hingga 2020.