awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana SRC: Perbicaraan tiga lagi pendakwaan terhadap Najib ditangguh

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
02/06/2020
04:04 MYT
Dana SRC: Perbicaraan tiga lagi pendakwaan terhadap Najib ditangguh
Perbicaraan terhadap Najib melibatkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM27 juta ditangguhkan. -Gambar fail/Astro AWANI
Perbicaraan terhadap Datuk Seri Najib Tun Razak, melibatkan tiga lagi pertuduhan pengubahan wang haram dana SRC International Sdn Bhd bernilai RM27 juta, ditangguhkan hari ini.
Prosiding yang sebelum ini dijadual bermula hari ini telah dikosongkan untuk memberi laluan kepada perbicaraan melibatkan dana syarikat sama berjumlah RM42 juta, dana 1Malaysia Development Bhd (1MDB) sebanyak RM2.3 bilion dan laporan audit 1MDB.
Hakim Mahkamah Tinggi Mohamed Zaini Mazlan sebelum ini menetapkan 13 hari, dari 2 hingga 25 Jun untuk perbicaraan tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Izzat Fauzan berkata disebabkan tarikh perbicaraan pendakwaan lain telah ditetapkan kepada bekas perdana menteri itu, justeru kedua-dua pihak memohon tarikh pengurusan kes ditetapkan.
Zaini kemudian menetapkan 27 Julai untuk pengurusan kes.
Peguam Syahirah Hanafiah mewakili Najib.
Najib, 67, didakwa dengan tiga pertuduhan pengubahan wang haram melibatkan RM27 juta dana SRC International dalam tiga akaun AmPrivate Banking miliknya.
Ahli Parlimen Pekan itu didakwa melakukan semua kesalahan di AmIslamic Bank Berhad, Bangunan Kumpulan Ambank, No 55, Jalan Raja Chulan pada 8 Julai 2014 di bawah Seksyen 4 (1) (a) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001.
Beliau boleh dikenakan denda maksimum RM5 juta atau penjara sehingga lima tahun, atau kedua-duanya, jika didapati bersalah.
Pertuduhan tersebut adalah tambahan kepada tujuh pertuduhan yang melibatkan dana syarikat berjumlah RM42 juta.
Pendengaran lisan mengenai kes SRC International bernilai RM42 juta telah ditetapkan selama tiga hari mulai semalam (Isnin), sementara perbicaraan 1MDB dijadualkan untuk bersambung pada Khamis.
Topic Berkaitan
#1MDB
#dana SRC
#mahkamah
#Najib Razak
#perbicaraan Najib Razak
#Perdana Menteri
#SRC International
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan