awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir kilat landa Kepulauan Sitaro, Sulawesi Utara — 16 maut, darurat diisytihar
Saman Renong-UEM: Permohonan Halim Saad untuk kebenaran merayu ditolak
Suri rumah didakwa aniaya anak kandung sehingga cedera
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dana UNRWA tidak cukup untuk bertahan sehingga hujung 2020

Astro Awani
Astro Awani
26/11/2020
23:19 MYT
Dana UNRWA tidak cukup untuk bertahan sehingga hujung 2020
Menurut Lazzarini, UNRWA masih ingin meneruskan semua perkhidmatannya dan melindungi kakitangannya ketika sistem kesihatan di Semenanjung Gaza hampir lumpuh susulan peningkatan kes COVID-19.
KETUA Pesuruhjaya Agensi Pertubuhan Bangsa Bersatu Bagi Pelarian Palestin (UNRWA) mengaku buat pertama kali dalam sejarah, agensi itu tidak mempunyai dana yang mencukupi.
Kata Philip Lazzarini, pihaknya tidak mampu menanggung perbelanjaan sehingga hujung tahun ini.
“Buat pertama kali dalam sejarah agensi ini, kami tidak mempunyai wang yang mencukupi untuk menanggung perbelanjaan antara sekarang dan hujung tahun ini.
“Kami berada di hujung tebing, namun saya percaya kami dapat elak daripada jatuh jika solidariti komuniti antarabangsa muncul sekarang,” jelasnya.
Kata Lazzarini, ketika ini operasi diteruskan dengan bantuan dan solidariti komuniti global.
Tambahnya, UNRWA masih ingin meneruskan semua perkhidmatannya dan melindungi kakitangannya.
Jelas beliau, ketika ini sistem kesihatan di Semenanjung Gaza hampir lumpuh susulan peningkatan kes COVID-19.
Menurut data Johns Hopkins University, Palestin kini merekodkan lebih 78,000 kes positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#Gaza
#operasi
#pelarian
#COVID-19
#Johns Hopkins University
#Philip Lazzarini
#dana
#wang
#perbelanjaan
#solidariti
#bantuan
#UNRWA
#Palestin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan