ALOR SETAR: DAP berharap Kerajaan Negeri Kedah mempertimbangkan semula langkah tidak membenarkan premis perjudian dan loteri beroperasi di negeri itu bermula tahun ini.
Setiausaha DAP negeri, Teh Swee Leong berkata, tindakan itu akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perjudian haram.
“Saya melihat langkah itu wajar dipertimbang semula bertujuan mengekalkan keharmonian kaum dan mengawal masalah sosial.
"Saya berharap Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor dapat menarik balik arahan dan mengeluarkan lesen kepada pengusaha premis judi berlesen bagi memastikan keharmonian kaum.
"Bolehkah masalah maksiat dan sosial di negeri ini berhenti dengan berbuat demikian? Apa yang kita bimbang adalah kesudahannya nanti, aktiviti ini menjadi tidak terkawal dan sesiapa saja semakin bebas berjudi," katanya dalam kenyataan, hari ini.
Swee Leong yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Darul Aman berkata, keputusan menyekat lesen judi yang dikawal undang-undang tidak akan menyelesaikan masalah maksiat dan sosial.
BACA: Tiada lagi kedai judi di Kedah bermula hari ini
Beliau berkata, semua masalah berkenaan seharusnya diselesaikan melalui kaedah pendidikan kepada masyarakat terutama golongan muda.
Swee Leong berkata, pihaknya juga berasa kecewa dengan keputusan kerajaan negeri kerana ia turut menjejaskan pekerja dalam sektor berkenaan.
Semalam, Astro AWANI melaporkan semua operasi premis perjudian dan loteri di Kedah ditamatkan sepenuhnya pada 1 Januari 2023, susulan keputusan kerajaan negeri tidak lagi memperbaharui lesen perjudian.
Sehubungan itu, Muhammad Sanusi mengarahkan pihak berkuasa tempatan (PBT) memantau dan memastikan semua premis berkaitan mematuhi arahan yang diputuskan pada November 2021 itu.
Adie Sufian Zulkefli
Mon Jan 02 2023

Teh Swee Leong berkata, tindakan itu akan memberi lebih banyak masalah kepada masyarakat kerana ia secara tidak langsung menggalakkan aktiviti perjudian haram. - Gambar fail

Hong Kong kekal di kedudukan keempat Indeks Pusat Kewangan Sedunia
Hong Kong kekal di tangga keempat dalam ranking pusat kewangan antarabangsa, menurut Laporan Indeks Pusat Kewangan Sedunia.

Pegawai sukan ASEAN, persatuan bincang bida tuan rumah Piala Dunia FIFA 2034
Pegawai sukan ASEAN telah mengadakan perbincangan mengenai proses penyerahan bidaan bersama pada 2026 untuk menjadi tuan rumah Piala Dunia 2034.

Peniaga didakwa tipu jual beli kereta
Seorang peniaga dalam talian mengaku tidak bersalah atas tuduhan memperdayakan tiga peniaga lain dalam urusan jual beli kereta berjumlah RM30,200, tahun lalu.

Pan Gon puji padang Stadium Sultan Ibrahim
Kim Pan Gon berkata, keadaan padang tersebut membolehkan anak buahnya melakukan permainan pantas, justeru beliau berterima kasih kepada JDT.

Kadar jangka pendek ditutup stabil susulan operasi BNM
Mudah tunai dalam sistem konvensional turun kepada RM51.80 bilion daripada RM52.49 bilion pagi ini.

Amalan 'Little Napoleon' tak serius, tidak jejas penyampaian perkhidmatan - Cuepacs
'Little Napoleon' merujuk kepada penjawat awam bawahan yang berada di sesuatu kedudukan tetapi berlagak seolah-olah begitu berkuasa.

Mangsa banjir di Batu Pahat terus menurun kepada 369 orang
50 mangsa yang ditempatkan di PPS SK Seri Medan dan Dewan Orang Ramai Yong Peng dibenarkan pulang ke rumah masing-masing.

Bekas juruteknik mengaku tidak bersalah tujuh pertuduhan rasuah berkaitan permit kerja
Hakim membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM15,000 dan seorang penjamin tempatan serta perlu menyerahkan pasportnya kepada mahkamah.

Jangan sebab amarah, 'dibunuh' periuk nasi 60 orang - Sharnaaz
Sharnaaz merasakan tindakan tersebut tidak wajar kerana para pelakon serta kru belakang tabir telah berusaha keras untuk menghasilkan sebuah karya yang berkualiti.

Angkasawan UAE sambut Ramadan di angkasa
Angkasawan Emiriah Arab Bersatu (UAE), Sultan alNeyadi, menyambut bulan Ramadan di Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS).

Kes denggi di Kedah catat peningkatan
Kes denggi di Kedah mencatatkan peningkatan sebanyak 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Empat jenama pakaian tempatan di Kedah tawar Baju Raya Rahmah
Golongan memerlukan itu dapat memilih pakaian raya berkualiti pada harga mampu milik yang ditawarkan usahawan tempatan.

Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus
Kes denggi di Kedah meningkat 387.1 peratus dengan 867 kes dicatatkan setakat Sabtu lalu berbanding 178 kes bagi tempoh sama tahun lalu.

Kedah buat persiapan awal hadapi gangguan bekalan air semasa Aidilfitri
Kerajaan Negeri Kedah membuat persediaan lebih awal melalui pelan kontingensi untuk menghadapi sebarang kemungkinan gangguan bekalan air ketika sambutan perayaan Aidilfitri ini.

Kerajaan Persekutuan diharap jadi orang tengah Isu air Kedah-Pulau Pinang
Kerajaan Persekutuan diharap dapat menjadi orang tengah dalam menyelesaikan masalah berkaitan tuntutan bayaran bekalan air membabitkan Kedah dan Pulau Pinang.

Kadar zakat fitrah di Kedah bermula RM6.50
Empat kadar bayaran zakat Fitrah ditetapkan Lembaga Zakat Negeri Kedah (LZNK) melibatkan penduduk di negeri itu pada tahun ini berbanding hanya tiga tahun lalu.

Kedah Aerotropolis: Belum ada permohonan rasmi kebenaran aerodrome diterima - Anthony Loke
Menteri Pengangkutan, Anthony Loke bertegas, beliau belum menerima sebarang permohonan rasmi bagi mendapatkan kebenaran aerodrome untuk pelaksanaan projek Kedah Aerotropolis.

Hari pertama persekolahan di Kedah, Terengganu, Kelantan lancar
Di Kedah, seramai 334,426 pelajar dari 752 sekolah merangkumi 188,362 pelajar dari 548 sekolah rendah dan 146,064 pelajar dari 204 sekolah menengah memulakan sesi persekolahan.

334,426 murid di Kedah mulakan sesi persekolahan hari ini
Seramai 334,426 murid dari 752 sekolah rendah dan menengah di Kedah memulakan sesi persekolahan bermula hari ini bagi negeri Kumpulan A.

Rembatan berkelas dunia, Akmal anggap rezeki
Bola sedikit melencong dan terus ke penjuru gawang pelawat walaupun penjaga gol sudah melayangkan diri untuk menepis percubaan Akmal.