Penasihat DAP Lim Kit Siang berkata biro undang-undang parti itu, yang diketuai oleh Gobind Singh Deo, "harus” memeriksa lebih 200 laporan Utusan Malaysia dan artikel "serangan" terhadap DAP sejak Januari lalu.
Lim berkata kebanyakan laporan Utusan tersebut mengulangi “pembohongan dan kepalsuan terhadap DAP dan pemimpin DAP” dan mengabaikan asas kewartawanan seperti etika, kejujuran dan kebenaran.
Khususnya, Lim berkata, akhbar itu telah membuat dua dakwaan “palsu” ke atas pilihan raya CEC DAP semasa kongres kebangsaan di Pulau Pinang pada bulan Disember, iaitu:
- 753 perwakilan DAP tidak pernah dimaklumkan mengenai Kongres DAP dan dinafikan hak untuk mengundi bagi CEC baru.
- Terdapat 547 pengundi hantu, terutamanya dari Pulau Pinang, yang mengundi pada Kongres DAP Disember lepas.
Pada Jumaat, DAP telah mengemukakan penolakan rasmi terhadap RoS untuk mengadakan pemilihan baru parti. DAP mendakwa bahawa RoS tidak mempunyai kuasa undang-undang untuk membuat apa-apa perintah.
Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata RoS telah gagal untuk menyatakan dengan jelas sebab-sebab arahan dan undang-undang yang diberi kuasa untuk memerintahkan pihak itu mengadakan pilihan raya semula.