awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan MADANI terus komited pacu kesejahteraan rakyat Sarawak - PM Anwar
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dapat rezeki tak terduga, Noraniza Idris batal niat tutup kilang muruku

Gempak
Gempak
19/03/2025
04:30 MYT
Dapat rezeki tak terduga, Noraniza Idris batal niat tutup kilang muruku
Kak Ani ditemui selepas pelancaran kerjasama produk Che Ani Premium bersama Mydin baru-baru ini. - Gambar/ Gempak
KUALA LUMPUR: Berdepan dengan kerugian lebih RM1 juta sebelum ini, penyanyi Noraniza Idris menghela nafas lega apabila kilang makanan ringan muruku Che Ani Premium yang hampir ditutup dapat terus beroperasi.
Jelas Noraniza atau lebih mesra disapa Kak Ani, 57, umpama pelangi selepas hujan, pihaknya menerima tempahan pukal daripada pasaraya Mydin baru-baru ini.
"Selepas hampir jatuh terduduk apabila kilang juga hampir dihentikan kilang akibat isu hutang tidak dilunaskan, tiba-tiba produk saya ditawarkan untuk dijual di Mydin. Ini merupakan rezeki yang luar biasa.
"Saya anggap ini juga peluang untuk memulakan langkah baharu dalam perniagaan. Insya-Allah saya akan cuba tunaikan amanah ini dengan sebaik mungkin.
"Ketika Mydin bersetuju produk makanan kudapan syarikat saya berada di rangkaian mereka, kami sekeluarga sujud syukur atas rezeki kurniaan Allah ini,” katanya kepada Gempak.
Kak Ani ditemui selepas pelancaran kerjasama produk Che Ani Premium bersama Mydin yang turut di hadiri oleh Pengarah Urusan Mydin, Datuk Ameer Ali Mydin di Hotel Crystal Crown, Petaling Jaya, Selangor, baru-baru ini.
Kak Ani juga telah menambah bilangan kakitangan seramai 32 orang di kilangnya bagi menyiapkan tempahan selain menggerakkan operasi pengeluaran 24 jam sehari.
Sementara itu, menurut Ameer Ali, pihaknya sentiasa cakna terhadap perkembangan usahawan tempatan dan komited untuk menyokong produk berkualiti yang berpotensi di pasaran.
“Kami melihat produk murukku yang dihasilkan oleh Che Ani Premium menepati piawaian pemasaran Mydin. Justeru itu, kami tampil untuk membantu mengedarkan produk ini ke pasaran yang lebih luas,” kata beliau.
Sebelum ini, perniagaan Noraniza berdepan dugaan apabila mendakwa dirinya menjadi mangsa penipuan yang memaksanya membuat laporan polis pada 4 Mac lalu.
Laporan terhadap akademi berkenaan berkaitan kerugian ditanggung syarikatnya yang mencecah RM630,000.
Malah Noraniza turut mendedahkan terpaksa merehatkan 20 orang pekerja kerana tidak mampu membayar gaji mereka. - Gempak
Topic Berkaitan
#Noraniza Idris
#muruku
#kes penipuan
#MYDIN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan