awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis buka kertas siasatan pemalsuan dokumen tujuh pemain warisan
Ringgit melonjak: Ahli ekonomi jangka mata wang tempatan mungkin kembali ke paras 3.82
Tiga ADUN Perlis tergugur jawatan diminta pulangkan segera aset kerajaan negeri
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar

Aida Aziz
Aida Aziz
27/06/2024
23:40 MYT
Dari 'bandar pencen' ke pelancongan, Ipoh perlu keluar dari kepompong miskin bandar
Rumaizi berkata, pihaknya berhasrat mengubah status 'bandar pencen' bandar raya Ipoh agar dapat membuka peluang pekerjaan baharu berpendapatan tinggi dan menarik minat golongan muda menetap di sini. - GambarAstro AWANI
IPOH: Bandar raya Ipoh perlu beralih dari 'bandar pencen' kepada bidang pelancongan demi memastikan penduduknya keluar daripada kepompong miskin bandar.
Perkara itu disuarakan Datuk Bandar Ipoh, Datuk Rumaizi Baharin yang memaklumkan Ipoh antara bandar raya yang penduduknya berpendapatan rendah.
"Saya dapat daripada beberapa laporan, mereka mahu kita cari jalan untuk jadikan Ipoh sebagai bandar raya berdaya maju.
"Masalah utamanya ialah kemiskinan bandar, 60 peratus daripada masyarakat di sini berada pada tahap kurang hidup selesa.
"Kajian yang dibuat oleh persatuan dan badan bukan kerajaan mendapati, antara sebab pendapatan isi rumah di Ipoh rendah adalah, ia bandar pencen.
"Apabila pencen, pendapatan berkurang, itu sebab kenapa pendapatan isi rumah di Ipoh khususnya dan Perak amnya, antara yang terendah di Malaysia.
"Jadi kita hendak ubah dari bandar pencen kepada satu subsektor (bidang) lain, iaitu pelancongan.
"Apabila dikembangkan, ia mampu membuka peluang pekerjaan baharu yang berpendapatan tinggi serta menarik minat golongan muda untuk menetap di sini. Itu sasarannya," katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Penuh Majlis Bulan Jun, di sini, semalam.
Dengan usaha itu, Rumaizi menambah, secara langsung kuasa beli rakyat akan meningkat dan ekonomi bertambah maju.
"Berbanding bandar raya di negeri lain, peluang kerja berkualiti dan pendapatan tinggi di sini kurang.
"Contohnya di Pulau Pinang, mereka ada industri pelancongan kesihatan, ia mewujudkan banyak peluang kerja seperti doktor dan ahli farmasi serta pendapatan tinggi.
"Sementara di sini, walaupun anak-anak kita pandai dan belajar bidang perubatan, tetapi peluang kerja dalam bidang itu tiada dan mereka terpaksa bekerja di negeri lain," katanya.
Topic Berkaitan
#Ipoh
#miskin bandar
#bandar pencen
#Rumaizi Baharin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan