Walaupun dikenali ramai sebagai seorang yang amat tegas dan garang, tetapi, Gabenor Bank Negara Malaysia pertama Allahyarham Tun Ismail Ali sebenarnya adalah seorang insan yang berjiwa penyayang, berhemah tinggi dan budiman.
Dalam penghormatan kepada abangnya itu melalui buku berjudul "Tun Ismail Ali - Paragon of Trust and Integrity", isteri Perdana Menteri, Tun Dr Siti Hasmah Ali, mendedahkan sisi lain mengenai Ismail yang jarang diketahui umum.
Menurut beliau, sikap Ismail yang tegas dan tabah sebenarnya terbentuk hasil daripada asuhan keluarga.
"Saya ingin memberi jaminan kepada sesiapa sahaja yang pernah menjadi mangsa beliau bahawa apa yang dilakukan Ismail semasa beliau menyandang jawatan itu bertitik tolak daripada asuhan yang diterimanya dalam keluarga kami.
"Ibu bapa kami bersikap sangat tegas dan itulah yang membentuk keperibadiannya. Beliau terus memupuk keperibadian sendiri ketika melanjutkan pelajaran di England dan tinggal di sana untuk sekian lama," kata Dr Siti Hasmah pada majlis pelancaran buku tulisan beliau itu di Sasana Kijang, di sini hari ini.
Buku bertujuan meraikan ulang tahun kelahiran ke-100 Ismail itu dilancarkan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Dr Siti Hasmah menceritakan bagaimana, apabila beliau lulus daripada kolej perubatan di Singapura pada 1955, Ismail, yang beliau panggil "Abang Ngah", mengutuskan sepucuk telegaram kepadanya hanya dengan mesej bertulis: "Akhirnya, kita ada seorang doktor di dalam rumah".
Isteri Perdana Mmenteri itu juga berkongsi dengan pembaca satu lagi peristiwa menarik apabila beliau dipanggil menghadap Ismail secara mengejut di pejabatnya di Bank Negara.
"Belum pun saya sempat duduk, beliau bertanya: "Hasmah, Mahathir ambil duit dari mana untuk bina rumah itu? Saya tergamam, tetapi menjelaskan kepada beliau bahawa kami telah jual rumah kami di Alor Setar, dan oleh kerana Mahathir kini berkhidmat dengan kerajaan, maka beliau mendapat pinjaman kerajaan untuk membina rumah baharu itu.
"Berpuas hati dengan penjelasan itu, beliau sekadar menyebut, "Mmm". Lihatlah. Saya hanya dilepaskan dengan perkataan "Mmm" saja," kata beliau.
Buku berkenaan mengandungi tiga bahagian yang menceritakan mengenai kehidupan Ismail pada zaman kanak-kanak, semasa Perang Dunia Kedua dan semasa beliau menyandang jawatan Gabenor Bank Negara hinggalah beliau dijemput menghadap Ilahi pada 1998 ketika berusia 79 tahun.
Dalam buku setebal 211 halaman ini, Dr Siti Hasmah juga menceritakan akan kegemaran Ismail terhadap cerut dan kesepian yang dialaminya selepas kematian isteri beliau, Toh Puan Maimunah Abdul Latif, pada 1996.
"Saya berani memberi jaminan bahawa walaupun beliau seorang yang tegas serta amat garang, namun dilubuk hatinya tersemat rasa kasih sayang terhadap anda semua. Beliau mahu agar Bank Negara diurus dengan sewajarnya dan menjadi bank terbaik di dunia seperti bank pusat di negara lain," jelas beliau.
Lahir pada 1918, Ismail adalah anak kedua daripada 10 adik-beradik. Beliau memulakan alam persekolahan di Victoria Institution, Kuala Lumpur sebelum melanjutkan pengajian di Cambrigde University dengan mendapat Queen's Scholarship.
Apabila Perang Dunia Kedua tercetus pada 1939, beliau bertugas sebagai penyampai dan pengulas berita di Bahagian Melayu BBC di London.
Pada 1946, Ismail pulang ke tanah air dan menyandang pelbagai jawatan dalam perkhidmatan awam, sebelum dilantik menjadi Gabenor Bank Negara pada 1962 bagi menggantikan Tan Sri W.H Wilcock, seorang warga Australia.
Ismail bersara pada 1980.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 08 2018
Tun Dr Mahathir Mohamad pada gimik pelancaran Buku Gabenor Bank Negara Malaysia Pertama Tun Ismail Ali pada majlis pelancaran buku itu di Sasana Kijang pada Isnin. - FotoBernama
SPRM lancar bilik gerakan 24 jam
SPRM melancarkan bilik gerakan bagi membolehkan orang ramai menyalurkan maklumat serta aduan berkaitan perbuatan rasuah dan salah guna kuasa pada PRK DUN Kuala Kubu Baharu.
Tiada tepung mengandungi benzoil peroksida melebihi kadar
Tiada mana-mana jenama tepung di pasaran tempatan mengandungi Benzoil Peroksida melebihi paras yang dibenarkan.
Perintah notis berkaitan anak kepada individu disyaki
Dua anak bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menolak dakwaan mereka dalam siasatan SPRM.
Empat maut kenderaan bertembung
Empat individu maut dalam satu kemalangan melibatkan dua kenderaan pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu- Gua Musang di Kuala Krai.
RM40 juta diluluskan di peringkat jawatankuasa MITRA, belum dibelanja - Prabakaran
Sebanyak RM40 juta daripada RM100 juta yang disalurkan kerajaan tahun ini kepada MITRA telah diluluskan di peringkat jawatankuasa.
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
KPT salur bantuan pendidikan, pengecualian yuran IPT anak mangsa nahas helikopter
KPT melalui PTPTN akan menyalurkan sebanyak RM1,000 seorang kepada 21 anak mangsa nahas dua helikopter yang terhempas di Lumut.
Anak pasangan suami isteri maut kemalangan di JRTB meninggal dunia
Mangsa meninggal dunia ketika dirawat di Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.
Wanita direman beri projek sekolah pada syarikat anak
Perintah tahanan reman sehingga Isnin depan terhadap suspek wanita berusia 54 tahun itu dikeluarkan Majistret Khairunisak Hassni.
Pasangan buta berjaya didik lapan anak
Sara bersyukur empat daripada lapan anaknya mendapat pendidikan sehingga ke peringkat universiti dan mempunyai pekerjaan yang baik.
'Daddy' pesan sentiasa buat baik kepada semua orang - Anak Azraai Khor
Arwah sentiasa berpesan kepada mereka tiga beradik supaya sentiasa buat baik dengan semua orang dan merendah diri.
Neymar mahu model Brazil buat ujian DNA anak
Neymar menuntut satu ujian DNA dilakukan selepas seorang wanita mendakwa sedang mengandungkan anaknya.
Beri anak makan makanan harian ini untuk mudah fokus, kuat ingatan
Tujuh makanan ini antara yang disyorkan sebagai makanan harian dan wajib ada di rumah.
7 tahun bercinta, Mariah Carey, Bryan Tanaka berpisah sebab anak?
7 Tahun Bercinta, Mariah Carey & Bryan Tanaka Ambil Keputusan Berpisah Hanya Sebab Anak?
Bapa mengaku tinggalkan empat anak di pondok pengawal
Tertuduh yang berusia 33 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azizah Ahmad.
Techno Mechanicus nama anak ketiga Elon Musk bersama Grimes
Kanak-kanak itu, yang umurnya tidak didedahkan kepada umum, dinamakan Techno Mechanicus dan dipanggil "Tau".