Subuh, 14 September 2017, Jalan Keramat Ujung, Kuala Lumpur. Keheningan pagi di kawasan tersebut sama seperti tempat lain, sunyi, tiada aktiviti, masing-masing lena dibuai mimpi.
Tidak disangka, keharmonian pagi tersebut digemparkan dengan jeritan, lebih memilukan, ia adalah jeritan kanak-kanak. Lebih meruntun jiwa, jeritan itu datang dari sebuah bangunan yang sedang terbakar.
Ya, mereka menjerit meminta tolong, menjerit meminta diselamatkan namun ternyata Allah lebih menyayangi mereka. Pilu hati bila mengetahui 21 pelajar tahfiz berusia enam hingga 16 tahun dan dua warden berusia 20-an maut dalam kebakaran asrama tiga tingkat.
Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, tempat di mana berlakunya tragedi menyayat hati, tragedi mengorbankan 23 orang, menggemparkan negara, dipenuhi tangisan, tidak diduga dan ‘menggoncang’ hati rakyat Malaysia.
Setahun berlalu, mungkin ada yang sudah lupa namun masih ramai belum alpa. Bagi ibu bapa dan waris, sekuat mana keinginan untuk lupakan insiden menyayat hati itu, semakin kuat kenangan bersama arwah anak, suami, abang, adik menerjah fikiran.
Begitulah cerita Emmi Farizah Abd Aziz, 38, yang kehilangan dua anak dalam insiden itu, Azkar Abiedi F. Zaska, 11 dan Azkar Dariemi F. Zaska, 8. Kelihatan kuat dari luaran namun siapa tahu betapa remuk hatinya kehilangan dua anak sekaligus.
Meskipun sudah setahun, tidak pernah Emmi Farizah melupakan kedua-dua anaknya itu malah baru-baru ini dia bermimpi arwah anaknya datang kepadanya, sempat juga dia memeluk arwah dalam mimpi itu.
“Mimpi itu datang bulan lepas, dua-dua anak saya datang kepada saya, muka mereka bercahaya, manis senyuman mereka. Saya peluk kedua-dua anak saya, dapat rasa saya peluk tubuh mereka.
“Dalam mimpi itu saya tahu mereka sudah pergi tapi saya gembira akhirnya dapat juga jumpa mereka dalam mimpi. Selalu dengar kawan-kawan lain mimpi, saya selalu berdoa agar saya pun dapat mimpi sama.
“Akhirnya dapat juga. Bila bangun, ada rasa sedih tapi saya kena kuatkan diri, saya reda dengan apa yang jadi sebab saya tahu mereka pergi ke tempat lebih baik,” katanya ketika ditemui dalammajlis pelancaran Persatuan Kebajikan Tahfiz Malaysia (Pertama), di sini, malam semalam.
BACA: Tragedi Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah: Kes dipindah ke Mahkamah Tinggi
BACA: Waris mangsa kebakaran Tahfiz Ittifaqiyah tuntut keadilan
Ternyata kehilangan dua anak sekaligus memberi kesan kepadanya kerana selepas insiden itu, ibu kepada tiga anak ini tidak pernah lagi memasak ‘ayam lemak cili api’ kerana itu merupakan makanan kegemaran arwah.
“Mereka memang paling suka ayam masak lemak cili api. Lepas dari kebakaran itu, memang saya tak pernah masak lauk itu. Tak boleh masak, kalau saya masak juga, mesti teringat dan sayu saja rasa hati ini.
“Video kebakaran pusat tahfiz itu pun saya tak boleh tengok, gambar-gambar saya boleh tengok lagi tapi video memang tak boleh,” ujarnya.
Bagi Siti Salfarina Ismail, 37, dia merasakan kebanyakan ibu bapa yang kehilangan anak dalam tragedi itu mungkin kelihatan kuat apabila mereka berkumpul namun apabila berseorangan, kenangan bersama anak pantas mengusik jiwa mereka.
Begitu juga dirinya. Ibu kepada empat anak ini memberitahu kadangkala dia pergi ke pusat tahfiz tersebut, melihatnya dari dalam kereta dan menangis semahunya apabila dia merindui arwah anaknya, Muhammad Aidil Aqmal Mohd Zamzuri.
“Macam pagi tadi (semalam) bila anak-anak dah pergi sekolah, saya pergi ke pusat tahfiz itu, duduk dalam kereta, menangis. Bila dah puaskan hati barulah saya pulang.
“Kadangkala bila duduk seorang diri, terdengar seperti suara Aidil panggil saya di rumah. Dengar dia panggil ‘mama, mama’,” katanya yang kemudian tidak dapat menahan sebak teringatkan anak keduanya itu.
Menceritakan kembali detik sebelum berlakunya tragedi tersebut, Siti Salfarina sempat meluangkan masa bersama anaknya sehari sebelum kebakaran berlaku, sempat juga menyediakan cekodok bawang.
“Berselera sungguh dia makan. Saya jumpa dia waktu petang, dalam pukul 6. Hari itu, dia peluk saya dan ayahnya kuat sangat, dia kata ‘Ayah, Aidil sayang sangat kat ayah, sayang mama, sayang semua orang’.
“Masa saya peluk dia, saya rasa badan dia sejuk sangat tapi saya tidak fikir apa-apa masa itu,” ujarnya.
BACA: Pusat tahfiz terbakar: 23 maut, empat serius
BACA: Kebakaran tahfiz Darul Ittifaqiyah: Remaja lelaki bebas pertuduhan
Sementara itu, seorang pelajar yang terselamat dalam kebakaran itu, Muhammad Daniel Amru Alhaz Ali, 17, berkata sehingga kini dia merasa tidak keruan apabila melihat kebakaran besar terutamanya jika ia melibatkan rumah, sekolah atau asrama.
“Nak kata trauma, tak tahulah ada atau tidak tapi kalau saya nampak ada rumah terbakar, ada rasa takut, teringat-ingat dan rasa macam nak pergi selamatkan orang dalam rumah itu,” katanya kepada Sinar Harian.
Menceritakan kembali detik cemas itu, bekas pelajar pusat tahfiz itu berkata, dialah orang yang membuka pagar tingkat atas dan mengarahkan semua pelajar turun.
“Masa itu semua tengah tidur, bila sedar memang dah terbakar. Saya dan rakan lain yang selamat berada agak jauh dari api.
“Keadaan masa itu memang kelam-kabut, mungkin itu sebab pelajar yang terperangkap cari tingkap untuk selamatkan diri tapi sayangnya tidak sempat,” ujarnya.
Anak muda ini turut menafikan dakwaan kononnya terdapat insiden pergaduhan antara pelajar sekolah tahfiz tersebut dengan beberapa suspek yang membakar bangunan sekolah berkenaan.
“Memang ada pelajar tahfiz yang kenal remaja itu tapi cerita gaduh sebab futsal itu semua tak betullah. Saya tak tahu dari mana cerita itu datang tapi memang tidak betul,” jelasnya.
Selepas setahun, kisah Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah masih menjadi bualan. Tragedi 14 September 2017 tidak mungkin akan dilupakan, terpahat dalam lipatan sejarah hitam negara.
Buat semua syuhada Darul Ittifaqiyah, damailah kamu semua di sana.
Sinar Harian
Sat Sep 15 2018
Pelajar yang terselamat, dari kiri, Muhammad Syamim Naim Mohd Sani, 16, Muhammad Daniel Amru Alhaz Ali, 17, dan Muhammad Danial Borhan, 16. - Foto Sinar Harian
Pesaka sasar tujuh pingat emas di Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024
Pesaka meletakkan sasaran tujuh emas sama seperti edisi lepas bagi kontinjen pesilat negara yang akan membawa cabaran ke Kejuaraan Pencak Silat Dunia 2024 di Abu Dhabi.
300 stesen pengecasan EV akan ditambah dalam tempoh dua tahun - Ab Rauf
Kerajaan Melaka cadang tambah hingga 300 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) dalam tempoh dua tahun akan datang, kata Ketua Menteri Ab Rauf Yusoh.
Tumpuan Sabtu – 14 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
10 Berita Pilihan - (13 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
IPT di negara ini sedia sepenuhnya kuasai AI
Institusi pendidikan tinggi (IPT) di negara ini sudah bersedia menguasai bidang kecerdasan buatan (AI) sepenuhnya.
MCMC peruntuk RM13.7 juta baik pulih wifi di tiga IPTA
Sebanyak RM13.7 juta telah diperuntuk bagi meningkatkan akses internet di tiga universiti awam iaitu Universiti Malaya, Universiti Sains Islam Malaysia dan Universiti Malaysia Perlis.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
Menteri Komunikasi, Fahmi Fadzil berkata, ia merupakan langkah awal dalam menyelesaikan masalah liputan internet yang telah lama membelenggu institusi pengajian tinggi.
MAHB beri peruntukkan RM1.4 juta untuk bantu mangsa banjir
Menerusi kenyataan media oleh MAHB pada jumaat, setakat ini, usaha bantuan ditumpukan di kawasan sekitar tiga lapangan terbang iaitu Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim di Alor Setar, Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra di Kota Bharu dan Lapangan Terbang Sultan Mahmud di Kuala Terengganu.
Tujuh suspek kes curi kabel, cuba langgar polis ditahan
Tujuh suspek disyaki dalang kes curi kabel di Jalan Lang Hitam, dekat Manjalara, Kepong di sini pada 4 Disember lalu ditahan dalam beberapa siri serbuan sekitar Kuala Lumpur serta Selangor.
Kes Bayi Beku: Polis akan rakam keterangan pihak hospital terlibat
Polis akan memanggil pihak hospital yang terlibat untuk dirakam keterangan berhubung kejadian tular membabitkan jenazah bayi disimpan dalam peti sejuk mayat di Klang baru-baru ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 13 Disember 2024.
'Saya hanya dimaklumkan tidak wakili ibu bapa Zayn Rayyan dua hari lalu' - Fahmi
Peguam terdahulu yang mewakili ibu bapa Zayn Rayyan Abdul Matiin memberitahu hanya dimaklumkan tidak lagi mewakili pasangan itu, menerusi kiriman WhatsApp.
Ibu bapa Zayn Rayyan kemuka representasi
Ibu bapa kepada kanak-kanak autistik Zayn Rayyan Abdul Matiin telah mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC) untuk menyemak semula pertuduhan dihadapi mereka.
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Anak tidak boleh masuk MRSM jika ibu bapa disenarai hitam Mara - Rubiah
Ibu bapa perlu bimbing anak pilih kerjaya selaras tuntutan masa depan
Sektor seperti semikonduktor, teknologi, kejuruteraan dan bidang STEM lain yang berkembang pesat, menawarkan peluang besar untuk kejayaan kerjaya jangka panjang.
Sokong anak ceburi sukan tanpa menekan - Ibu bapa Nicol
Desmond berkongsi bahawa beliau dan isteri tidak pernah menekan Nicol untuk menyertai sukan secara serius atau untuk menjadi juara.
Op Global: Ibu bapa perlu buktikan pertalian darah bagi tuntut anak-anak - Nancy
Ibu bapa kepada kanak-kanak yang sedang dalam perlindungan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) susulan Op Global perlu mengemukakan bukti pertalian darah bagi menuntut anak-anak mereka.
[KOLUMNIS] Kegagalan murid Tahun 1 kuasai 3M: Punca kuasa yang bermula dari rumah
Penguasaan 3M adalah isu paling utama yang perlu diberikan perhatian sebelum anak melangkah ke Tahun Satu.
Ibu bapa wajib beri pendidikan rendah, gagal boleh dihukum - SUHAKAM
Ibu bapa yang gagal mematuhi peraturan itu boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 29A Akta Pendidikan 1996.
Lelaki didakwa bunuh tiga ahli keluarga, mengaku cederakan anak saudara
Azman Mohamed Nor hanya menunduk faham dan tiada pengakuan direkodkan di hadapan Majistret Suzana Mokhtar.
Suspek kes bunuh di Pagoh dipercayai lari ke daerah berhampiran
Suspek utama kes bunuh tiga sekeluarga di Kampung Paya Redan, Pagoh di sini Jumaat lepas, kini diburu polis dan dipercayai melarikan diri dengan menunggang motosikal jenis Honda Wave berwarna merah.