awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Datuk Bandar KL diarah perkemas SOP DBKL, tutup ruang rasuah
Semua tiket bas ekspres di TBS wajib ada kod QR, tidak perlu lagi tukar, cetak
Iran sedia untuk diplomasi, namun ada prinsip sendiri - Araghchi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar automotif baharu dijangka beri tumpuan kepada teknologi hijau

Astro Awani
Astro Awani
02/11/2013
00:00 MYT
Dasar automotif baharu dijangka beri tumpuan kepada teknologi hijau
Industri automotif Malaysia yang dikatakan tidak berdaya saing diharap dapat diperkasakan susulan pengenalan dasar automotif negara baharu yang dijangka bakal diumumkan tidak lama lagi.
Dalam temubual bersama hos Kamarul Bahrin Haron dalam rancangan Agenda AWANI, Ketua Pegawai Eksekutif Institut Automotif Malaysia, Mohamad Madani Sahari berkongsi sedikit sebanyak tentang apa yang dapat dijangkakan menjadi teras dasar automatif baharu itu nanti.
Madani berkata hala tuju industri automotif negara ketika ini sedang bergerak ke arah penggunaan teknologi hijau atau mesra alam, iaitu kenderaan lebih menjimatkan petrol dan mengurangkan pelepasan asap karbon.
Beberapa lokasi juga sedang dipertimbangkan untuk menguji ekosistem kenderaan hijau yang lebih kecil seperti di Langkawi dan Putrajaya.
“Dasar baharu nanti dijangka berpaksi kepada inovatif ke hadapan, akan ada teras yang melandaskan kepada teknologi dan kenderaan yang bertenaga efisien,” kata Madani.
Katanya, perkara yang penting dalam dasar itu nanti ialah usaha menjadikan industri automotif lebih ‘hijau’ dan tidak boleh hanya memberikan tumpuan kepada kenderaan, atau produk, semata-mata.
“Bayangkan di Pulau Langkawi, apabila kita menggunakan bateri (sebagai bahanapi kereta) dan pada masa yang sama bateri itu harus dicaj, ramai yang ingat hanya fosil (digunakan), tetapi di negara ini kita juga boleh menggunakan tenaga solar,” katanya.
“Kalau hanya produknya hijau tetapi prosesnya tidak hijau, tiada maknanya kepada alam sekitar negara kita,” kata Madani lagi.
Ini penting buat industri automotif negara bagi membantu sasaran kerajaan untuk mengurangkan pelepasan karbon sebanyak 40 peratus menjelang tahun 2020.
Topic Berkaitan
#agenda
#Kamarul Bahrin Haron
#kenderaan
#kereta
#MAI
#Mohamad Madani Sahari
#otomotif
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan