Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Dasar awam perlu diperkukuh melalui penyelidikan, data sahih - KP SPRM

PUTRAJAYA, 25 Sept - Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Seri Abd Halim Aman berucap merasmikan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali kelima 2026 di sini, hari ini. - fotoBERNAMA
Abdul Halim berucap merasmikan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali kelima 2026, di Putrajaya, hari ini. - Gambar Bernama
Advertisement

PUTRAJAYA: Pembentukan dasar awam perlu diperkukuh melalui penyelidikan berkualiti, data sahih dan analisis yang menyeluruh supaya setiap keputusan yang dicapai benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat dan negara secara keseluruhannya.

Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman berkata, pendekatan itu selari dengan amalan “evidence-based policymaking” yang semakin diterima pakai pada peringkat antarabangsa, iaitu suatu dasar yang digubal berasaskan bukti, data dan penilaian yang objektif.

"Penyelidikan adalah penting untuk mengenal pasti kelemahan sistem, menilai risiko, mengukur keberkesanan dasar serta mencadangkan penambahbaikan yang lebih mampan. 

"Sejak 2020 hingga tahun 2025, sebanyak 50 tajuk penyelidikan yang melibatkan isu-isu tatakelola, isu integriti dan isu antirasuah telah dipilih dan dilaksanakan oleh entiti penyelidikan tempatan melalui geran di bawah Pusat Governans, Integriti dan Antirasuah Nasional (GIACC)," katanya ketika berucap merasmikan Persidangan Penyelidikan Tatakelola, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan kali kelima 2026, di sini, hari ini.

Bertemakan “MADANI Pemangkin Tatakelola Berintegriti ke Arah Malaysia Bebas Rasuah”, beliau berkata, ia selaras dengan konsep Malaysia MADANI yang dirangka bagi memetakan strategi  tatakelola dan pentadbiran negara secara berkesan, selain bertepatan dengan teras strategik utama keempat di bawah kerangka Malaysia MADANI, iaitu “Mewujudkan Pentadbiran Beramanah”. 

-- LAGI

 

SPRM-PENYELIDIKAN 2 (AKHIR) PUTRAJAYA

 

Beliau berkata sebagai langkah memastikan kesemua hasil penyelidikan itu dapat dimanfaatkan dengan secara lebih meluas dan tidak terhenti setakat pembentangan pada persidangan sahaja, SPRM telah membangunkan Laporan Kompilasi Persidangan Tahun 2022 hingga 2025.

Ia menghimpunkan hasil dan dapatan penyelidikan yang telah dibentangkan sepanjang tempoh  tersebut sebagai satu sumber rujukan dan perkongsian ilmu dalam usaha memperkukuh agenda tatakelola, integriti dan pencegahan rasuah. 

"Hasil dapatan penyelidikan ini bukan sahaja menyumbang kepada perkembangan ilmu dan memperkasakan wacana berkaitan tatakelola, malah turut membantu kerajaan serta pemegang taruh untuk mengenal pasti risiko dan isu-isu berkaitan rasuah, di samping mencadangkan langkah penambahbaikan yang bersesuaian dan berkesan," katanya.

Beliau turut berharap hasil penyelidikan dan kompilasi itu akan terus dimanfaatkan sebagai sumber rujukan dalam perumusan dasar, penambahbaikan sistem dan proses kerja.

“Ia juga sebagai pembangunan strategi pencegahan rasuah yang berasaskan bukti. Melalui pendekatan ini, usaha penyelidikan bukan sahaja dapat menghasilkan pengetahuan, tetapi turut diterjemahkan melalui tindakan dan penambahbaikan yang memberikan impak kepada pengukuhan tatakelola, integriti dan pencegahan rasuah," kata Abd Halim.

Beliau turut berharap supaya persidangan itu akan menjadi platform memperkukuh jaringan kerjasama antara penyelidik dan pembuat dasar, serta setiap dapatan kajian yang dibentangkan pada hari ini dilihat sebagai asas kepada penambahbaikan dasar, sistem dan proses kerja, demi membina institusi  yang lebih telus, berakauntabiliti dan berintegriti. 

-- BERNAMA

 

 

 

Must Watch Video

Advertisement