SHAH ALAM: Satu dasar baharu akan dirangka berhubung rancangan pembangunan di kawasan pesisir pantai di Selangor dengan mengambil kira aspek kenaikan paras air laut, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim.
Beliau berkata rangka berkenaan akan dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dengan kerjasama Exco Kesihatan Awam dan Alam Skitar Jamaliah Jamaluddin.
Katanya, perkara itu juga turut diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan mengambil kira kesan kenaikan paras air laut yang dijangka memberi kesan besar selepas ini.
"Saya telah bermesyuarat menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SEJAM) untuk melihat kesan jangka panjang kenaikan paras air laut yang dijangka beri kesan besar kepada kawasan pesisir pantai kita termasuk di Klang," katanya ketika mengulas persediaan infrastruktur oleh kerajaan negeri bagi menghadapi fenomena air pasang besar pada hujung tahun.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pesta Buah-buahan Selangor yang julung kali diadakan selama dua hari bermula hari ini.
Izham berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku ban pecah seperti di Sepang dan Hulu Langat, serta telah menggantikan batu granit rock armor dan geo-bag bagi mengukuhkan struktur ban di kawasan itu.
Sementara itu, Exco Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata kerajaan negeri telah bersiap siaga berhubung fenomena air pasang besar yang kebiasaannya mengakibatkan banjir dengan setiap unit bencana di kesemua PBT sedia digerakkan jika bencana itu berlaku.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 09 2023
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim (tengah) ditemui media selepas majlis perasmian Pesta Buah-buahn Tempatan Negeri Selangor di SACC Mall Seksyen 14 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
TH diarah siasat 300 jemaah haji terkandas di Mekah - Mohd Na'im
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar berkata Lembaga Tabung Haji (TH) telah diarah untuk menyiasat insiden 300 bakal jemaah terkandas di Mekah akibat terpedaya dengan pakej haji murah yang ditawarkan agensi pelancongan tidak bertanggungjawab.
Golongan muda paling ramai sertai program
Golongan muda antara yang paling ramai menyertai Majlis Tilawah dan Hafazan al-Quran Peringkat Kebangsaan kali ini, yang akan berlangsung selama enam hari bermula 23 Mei di Kompleks Penyiaran Sultan Haji Ahmad Shah di Kuantan.
Hayati perjuangan, jangan alpa kuasa dimiliki - Anwar
Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan semua ahli terutama generasi muda supaya menghayati perjuangan parti dan tidak alpa dengan ‘kuasa’ yang dimiliki apabila menjadi pemerintah.
10 Berita Pilihan - (11 Mei 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 11 Mei 2024.
Tumpuan Ahad - 12 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Malaysia dipilih semula sebagai Ahli Majlis Eksekutif Pertubuhan Larangan Senjata Kimia 2024-2026
Penggal berkenaan akan bermula daripada 12 Mei 2024 sehingga 11 Mei 2026.
Lawatan Anwar perkukuh hubungan dua hala Malaysia-Qatar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim akan melakukan lawatan rasmi ke Qatar dari 12 hingga 14 Mei untuk mengukuhkan lagi hubungan dan kerjasama di antara Malaysia dan Qatar di dalam pelbagai aspek, kata Kementerian Luar (Wisma Putra).
Guru didakwa kasari murid ditempatkan di pejabat pendidikan daerah
Seorang guru lelaki di sebuah sekolah agama di Pontian yang didakwa melakukan kekasaran terhadap sekumpulan murid akan ditempatkan di Pejabat Pendidikan Islam daerah.
Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor
Satu dasar baharu akan dirangka berhubung rancangan pembangunan di kawasan pesisir pantai di Selangor dengan mengambil kira aspek kenaikan paras air laut.
Twitter umum dasar baharu elak penyebaran maklumat salah ketika krisis
Twitter pada Khamis mengumumkan dasar global baharu untuk menangani penyebaran maklumat yang salah atau tidak benar semasa situasi krisis.
Bakal pelabur jumpa kementerian untuk kendalikan kilang penapisan gula
Mereka bersedia untuk melabur bagi menambah baik sistem bekalan susulan dakwaan MSM bahawa ia berkemungkinan terpaksa ditutup akibat kilang penapisan gula itu kurang mendapat keuntungan.
DBKL tegas untuk uruskan sepenuhnya bazar Ramadan - Khalid
Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Samad berkata beliau percaya dasar baharu itu akan memberi peluang sama rata kepada semua peniaga selain menghapuskan monopoli dan budaya 'ali baba' dalam sektor itu
Dasar baharu bagi FDI akan diumumkan - MITI
Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Dr Ong Kian Ming, dasar itu akan merangkumi dasar pelaburan pusat data dan e-dagang.
Sarawak perkenal dasar baharu penempatan semula
Sarawak memperkenalkan dasar baharu penempatan semula bagi meringankan beban golongan berpendapatan rendah yang terpaksa berpindah ke kawasan baharu bagi memberi laluan kepada projek pembangunan.