awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] MB Perlis umum letak jawatan secara sukarela
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor

Bernama
Bernama
09/09/2023
13:51 MYT
Dasar baharu bagi pembangunan pesisir pantai Selangor
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Infrastruktur dan Pertanian Negeri Selangor, Izham Hashim (tengah) ditemui media selepas majlis perasmian Pesta Buah-buahn Tempatan Negeri Selangor di SACC Mall Seksyen 14 Shah Alam hari ini. - Foto BERNAMA
SHAH ALAM: Satu dasar baharu akan dirangka berhubung rancangan pembangunan di kawasan pesisir pantai di Selangor dengan mengambil kira aspek kenaikan paras air laut, kata Exco Infrastruktur dan Pertanian Izham Hashim.
Beliau berkata rangka berkenaan akan dilaksanakan bersama Institut Penyelidikan Air Kebangsaan (NAHRIM) dengan kerjasama Exco Kesihatan Awam dan Alam Skitar Jamaliah Jamaluddin.
Katanya, perkara itu juga turut diselaraskan dengan pihak berkuasa tempatan (PBT) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) dengan mengambil kira kesan kenaikan paras air laut yang dijangka memberi kesan besar selepas ini.
"Saya telah bermesyuarat menerusi inisiatif Skim Jaminan Air Mentah (SEJAM) untuk melihat kesan jangka panjang kenaikan paras air laut yang dijangka beri kesan besar kepada kawasan pesisir pantai kita termasuk di Klang," katanya ketika mengulas persediaan infrastruktur oleh kerajaan negeri bagi menghadapi fenomena air pasang besar pada hujung tahun.
Beliau berkata demikian selepas melancarkan Pesta Buah-buahan Selangor yang julung kali diadakan selama dua hari bermula hari ini.
Izham berkata pihaknya telah mengenal pasti kawasan yang kerap berlaku ban pecah seperti di Sepang dan Hulu Langat, serta telah menggantikan batu granit rock armor dan geo-bag bagi mengukuhkan struktur ban di kawasan itu.
Sementara itu, Exco Pengurusan Bencana Mohd Najwan Halimi berkata kerajaan negeri telah bersiap siaga berhubung fenomena air pasang besar yang kebiasaannya mengakibatkan banjir dengan setiap unit bencana di kesemua PBT sedia digerakkan jika bencana itu berlaku.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dasar baharu
#pembangunan pesisir pantai
#Selangor
#izham hashim
#JPS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan