KUALA LUMPUR: Institusi Penyelidikan Klinikal dan pakar perubatan sedang menyemak data dari luar negara berhubung keberkesanan dan keselamatan penggunaan kanabis untuk gejala-gejala tertentu.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, selepas proses semakan selesai dan jika terbukti berkesan serta selamat, maka pendaftaran akan dibuka kepada pesakit yang mempunyai gejala tertentu.
"Jika hasil semakan mendapati untuk gejala -gejala tertentu memang ada bukti kukuh yang menunjukkan kanabis boleh digunakan dan ia selamat digunakan, maka kita boleh buka untuk pendaftaran untuk gejala-gejala tertentu.
"Gejala tertentu seperti pesakit yang rasa loya selepas melalui rawatan kimoterapi dan biasanya gejala-gejala ini ada di negara lain. Tapi yang penting pakar mesti berpuas hati bahawa kanabis memang boleh diguna untuk keadaan-keadaan tertentu," katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas majlis penyerahan Projek Pusat Kardiologi Hospital Serdang, di sini, pada Isnin.
Sebelum ini, Khairy dilaporkan berkata, kerajaan akan mengambil pendirian berhubung penggunaan kanabis dalam bidang perubatan sebelum akhir tahun ini.
Bagaimanapun, kata beliau, penggunaan kanabis untuk tujuan perubatan bukan perkara baharu di Malaysia kerana pada 2014, Sativex yang mengandungi cannabidiolCBD) dan tetrahydrocannabinol (THC) pernah diluluskan penggunaannya di Malaysia untuk merawat kekejangan otot.
Umavathi Ramayah
Mon Oct 17 2022

Khairy Jamaluddin berkata, selepas proses semakan selesai dan jika terbukti berkesan serta selamat, maka pendaftaran penggunaan kanabis akan dibuka kepada pesakit yang mempunyai gejala tertentu. - Gambar fail BERNAMA

Gempa bumi Turkiye: Wisma Putra berjaya hubungi 12 rakyat Malaysia
Wisma Putra akan terus berhubung dengan mereka dari semasa ke semasa bagi memantau keadaan terkini semua rakyat Malaysia di Turkiye.

Kedah negeri terbaharu dilanda banjir
Kedah menjadi negeri terbaharu dilanda banjir dengan satu pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di mukim Karangan dekat Kulim, pada petang Isnin.

Anwar ucap takziah kepada mangsa tragedi gempa bumi di Turkiye
Anwar menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga mangsa serta semua negara yang terjejas akibat gempa bumi maut yang melanda wilayah Kahramanmaras di selatan Turkiye pada Isnin.

Gempa bumi: Asrama runtuh, pelajar Malaysia di Turkiye selamat
MASAT mengesahkan tidak menerima sebarang laporan berkenaan pelajar Malaysia yang terkesan akibat gempa bumi bermagnitud 7.8 yang menggegarkan selatan Turkiye pagi Isnin.

Gempa bumi Turkiye: Malaysia rakam ucapan takziah, simpati kepada Turkiye - Zambry
Malaysia merakamkan ucapan takziah dan simpati kepada mangsa dan keluarga mereka serta kerajaan dan rakyat Turkiye susulan gempa bumi berukuran 7.8 pada skala Richter melanda negara itu pada Isnin.

Agenda AWANI: Kabinet Bayangan
Penubuhan ‘Kabinet Bayangan’ oleh Perikatan Nasional, apa lagi boleh pastikan suara pembangkang bukan sekadar semak dan imbang tetapi lebih bersifat suara ‘Kerajaan Alternatif’?

AWANI Ringkas: Turkiye, Syria dilanda gempa kedua
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

AWANI Ringkas: KPT galak IPTS laksana program Menu Rahmah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Gempa bumi: Agong, Raja Permaisuri zahir takziah kepada Turkiye, Syria
Baginda berdua turut menzahirkan ucapan takziah kepada seluruh keluarga mangsa yang terkorban dalam musibah itu sehingga menyebabkan kehilangan nyawa dan kerosakan harta benda.

PH belum buat keputusan terima bekas ahli UMNO yang dipecat
Pakatan Harapan belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menerima beberapa bekas Ahli UMNO yang telah menyuarakan hasrat untuk menyertai gabungan itu.

Shahril risau pemimpin UMNO akan terus takut bersuara
Bekas Naib Ketua Pemuda UMNO, Shahril Sufian Hamdan risau UMNO akan menjadi parti yang pemimpinnya terus takut untuk bersuara kerana khuatir akan dibuang.

Bersatu belum lamar KJ secara rasmi - Ahmad Faizal
Bersatu masih belum melamar bekas Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin Abu Bakar secara rasmi untuk menyertai parti tersebut.

Sertai kerajaan hari ini bukan jalan mudah jadi PM - KJ
Berpeluang meneraju kerajaan adalah cita-cita jangka masa panjang dan bukan perkiraannya dalam langkah seterusnya yang akan diambil.

Saya takkan lakukan perkara yang akan ganggu kestabilan negara - KJ
Peluang harus diberi kepada kerajaan hari ini untuk mentadbir dengan tenteram bagi mendepani tempoh sukar yang mendatang.

Orang Melayu sudah 'move on' daripada UMNO - KJ
Orang Melayu sudah punyai alternatif lain sebagai sandaran untuk pembelaan bangsa dan agama.

Hishammuddin maklum terima surat digantung keahlian UMNO
Ahli Parlimen Sembrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mendedahkan menerima surat rasmi berhubung penggantungan keahlian UMNO selama enam tahun.

Apa 'plan', KJ? Agenda AWANI pukul 9 malam ini
Sertai parti lain? Berehat sebentar? Yang pasti langkah Khairy Jamaluddin tidak akan terhenti...

Pembersihan UMNO: Tunggu sesi akan datang - Zahid
Ahmad Zahid Hamidi kekal mengambil pendekatan mengunci mulut berhubung pemecatan dua ahli parti dan penggantungan empat yang lain dalam pembersihan total parti itu.

Anwar harus tanya apa nilai yang dibawa Zahid dalam kerajaan - Khairy
Khairy yakin Anwar mempunyai alasan tersendiri menerusi penubuhan Kerajaan Perpaduan, namun berharap ia tidak diberi penilaian yang salah.

Terima banyak tawaran, KJ sedang pilih 'kelab' paling sesuai
Khairy tidak menolak kemungkinan untuk bertanding pada pilihan raya negeri akan datang.