PUTRAJAYA: Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) yang bakal dilancar oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Jan 2024 tidak akan diintegrasikan dengan mana-mana sistem maklumat daripada bank, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Pada sidang media PADU di sini hari ini, beliau berkata ia susulan sistem bank yang termaktub di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 tidak membenarkan sebarang perkongsian berkaitan sistem data itu.
"Kalau berkaitan dengan bank tak ada sebab bank ada Akta Perkhidmatan Kewangan yang tidak membenarkan sebarang perkongsian sedemikian," katanya ketika diminta mengulas sama ada data bank akan diintegrasikan dalam PADU sekali gus meredakan kegusaran orang ramai mengenai persoalan itu.
PADU adalah pangkalan data komprehensif yang mengandungi data mikro yang diintegrasikan daripada pelbagai sumber agensi kerajaan dan dijadual dilancarkan pada 2 Jan tahun depan.
Ia dibangunkan sepenuhnya oleh penjawat awam daripada tiga agensi utama iaitu Kementerian Ekonomi, Jabatan Perangkaan (DOSM) serta Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang turut melibatkan kerjasama pelbagai agensi lain.
Rafizi berkata antara contoh integrasi data ialah maklumat peribadi rakyat akan diperoleh daripada Jabatan Pendaftaran Negara, maklumat pendidikan daripada Kementerian Pendidikan dan Kementerian Pendidikan Tinggi manakala maklumat alamat boleh didapati daripada syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad serta operator air.
Beliau berkata PADU turut bekerjasama dengan sektor swasta bagi menggalakkan orang ramai mendaftar dan mengemas kini data mereka dalam sistem itu antaranya Touch 'n Go yang menawarkan kad Komunikasi Medan Dekat (NFC) secara percuma kepada 3,000 pendaftar terawal.
Rafizi juga berkata PADU menjalin kerjasama dengan Mydin dengan menawarkan diskaun pembelian kepada orang ramai yang berdaftar dengan sistem tersebut namun sebarang perincian akan dikemukakan oleh pasar raya itu kemudian.
Justeru, beliau menggalakkan lebih banyak syarikat atau peruncit untuk turut serta dalam inisiatif kementeriannya supaya dapat merancakkan lagi pendaftaran orang ramai ke dalam sistem PADU.
"Kita galakkan seberapa banyak peruncit dan khidmat lain untuk turut serta... bagi membolehkan mereka mewujudkan tawaran mereka sendiri dan mengambil peluang terhadap fokus serta keterujaan mengenai PADU untuk beberapa bulan akan datang tanpa menggunakan duit kerajaan.
"Kami meramalkan akan terdapat banyak keterujaan dan juga pendaftaran orang nak masuk PADU. (Terbuka kepada) Mana-mana pihak ketiga yang ingin menggunakan ini untuk mendapatkan lebih ramai khalayak ke kedai anda atau menggunakan perkhidmatan digital dengan apa jua cara," katanya.
Rafizi berkata sebaik sahaja dilancarkan oleh Perdana Menteri, kerajaan akan memberi peluang kepada orang ramai untuk mengemas kini serta mengesahkan 39 item maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan, bilangan isi rumah dan alamat sehingga 31 Mac 2024 bagi tujuan penyasaran semula subsidi.
"Kita buka kepada orang ramai untuk sahkan, sudah tentu kita dapatkan semua data, masuk dalam pautan data dan kebanyakan proses ni pakai Protokol Pemindahan Fail yang selamat, maknanya keseluruhan pangkalan data yang ada dalam sistem akan ada ketetapan daripada agensi terlibat untuk memastikan secara berkala data terbaru dikemas kini.
"Pada masa yang sama, orang ramai pula bila ada portal PADU dibuka, mereka boleh mengemas kini data terbabit pada bila-bila masa sahaja," katanya sambil menambah kerajaan menggalakkan rakyat mengemas kini maklumat mereka bagi memastikan apa yang terdapat dalam PADU adalah yang terkini.
Beliau merujuk pekerja di sektor tidak formal dan berkata golongan itu diberi peluang mengemas kini maklumat termasuk pendapatan di bawah PADU bagi memastikan mereka tidak tercicir daripada menerima manfaat yang disediakan kerajaan seperti subsidi.
Ditanya sama ada kerajaan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang tidak mengemas kini atau membuat pengesahan maklumat, Rafizi berkata tiada tindakan akan diambil.
"... tapi kerajaan hanya akan menggunakan maklumat yang sedia ada dalam pangkalan data untuk menentukan profil isi rumah dan kelayakan dapat atau tidak subsidi bersasar berdasarkan maklumat itu... jadi kalau tak kemas kini, dia tiada masalah tapi jika anda tidak dapat (subsidi), jangan marah," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 29 2023
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berucap pada sesi sidang media Pangkalan Data Utama (PADU) di Menara Prisma Putrajaya hari ini. - Foto BERNAMA
Tourism Johor akan dikorporatkan tahun ini - Onn Hafiz
Kerajaan negeri akan mengkorporatkan Tourism Johor pada tahun ini dalam usaha untuk memperkasakan agensi berkenaan, kata Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi.
Skuad Piala Uber Malaysia pulang awal
Kemenangan tersebut menyaksikan Thailand melangkah ke suku akhir selepas mengalahkan Australia dengan keputusan sama.
Mesyuarat Khas WEF: Seruan adaptasi teknologi untuk PKS harus guna bahasa mudah
Syarikat besar mempunyai kelebihan kepakaran dan sumber yang boleh digunakan untuk membantu PKS turut sama menyertai adaptasi teknologi.
Anwar bertemu PM Pakistan dan Menteri Luar Turkiye
Kedua-dua pemimpin menyatakan komitmen untuk terus memperkukuh hubungan Putrajaya-Islamabad dan melonjakkan lagi perdagangan dua hala.
Patuhi standard pelancongan ASEAN, tarik lebih ramai pelancong - Tiong
Tiong berkata ada kecenderungan pelancong asing tidak menggunakan perkhidmatan ejen pelancongan berdaftar disebabkan kualiti yang lemah.
Nur Shazrin mungkin 'lupakan' Paris 2024
Beliau mungkin tidak akan bersama kontinjen negara sekiranya tiada 'lampu hijau' berikutan tiga jarinya tidak dapat digunakan dengan baik.
Asia Pasifik kini dalam era 'gemilang' transformasi digital - Huawei
Sabrina Meng berkata, rantau Asia Pasifik turut menjadi ikutan pihak lain yang giat berusaha meningkatkan ekonomi digital mereka.
KPWKM ambil tindakan kepada lebih 500 taska tidak berdaftar
Antara tindakan diambil ialah sita, denda dan kompaun, serta pemberian notis peringatan kepada operator taska.
Segmen penerbangan Capital A catat 90 peratus faktor muatan, 15.4 juta penumpang pada suku pertama 2024
Prestasi kukuh itu adalah selari dengan fokus strategik AirAsia untuk mengembangkan kapasiti dan membina semula rangkaiannya.
Pegawai, anggota bomba di lima negeri ada masalah kesihatan
Ujian Kemahiran Taktikal Kebombaan diduduki seramai 12,608 anggota dan pegawai dan hanya 9,313 sahaja yang lulus.
HeiTech Padu ditawar kontrak sebelum Farhash jadi pemegang saham – Loke
Kontrak sejumlah RM185 juta kepada syarikat HeiTech Padu Berhad ditawarkan sebelum Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menjadi pengarah syarikat itu.
Kerajaan tetap kurangkan pengurangan subsidi petrol - Laporan
Subsidi petrol akan dikurangkan tahun ini dalam usaha menurunkan defisit fiskal negara, kata Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli.
PADU tingkatkan pemahaman kerajaan terhadap kesejahteraan isi rumah - Penyelidikan MIDF
Pengumpulan data menerusi Pangkalan Data Utama (PADU) akan membantu kerajaan lebih memahami kesejahteraan isi rumah
Selangor kongsi data Selangkah bagi proses semak silang sistem PADU
Kerajaan Selangor bersedia berkongsi data yang dikumpul dan diperoleh menerusi aplikasi Selangkah bagi proses semak silang serta kemas kini maklumat rakyat negeri itu ke dalam sistem PADU.
11.55 juta daftar PADU, Perlis dan Kelantan rekod peratusan tertinggi
Kementerian Ekonomi selepas ini akan membentangkan perancangan penyasaran semula subsidi kepada jemaah menteri dalam bulan April.
[KOLUMNIS] Menanti kepintaran data PADU dalam perasionalan subsidi
PADU bukanlah suatu sistem yang sempurna, tetapi ia adalah permulaan yang hebat.
Orang ramai ambil peluang terakhir daftar, kemas kini PADU
Rata-rata penduduk yang ditemui memuji usaha kerajaan dalam memastikan rakyat dapat mendaftar PADU secara fizikal yang dapat menjimatkan masa serta memudahkan penduduk.
Jumlah daftar PADU cecah 10.8 juta, sasaran 50 peratus rakyat mendaftar mampu dicapai hari ini
Jumlah itu bersamaan 48.3 peratus daripada jumlah keseluruhan 21.96 juta warganegara berumur 18 tahun ke atas.
PADU: Pelbagai kaedah boleh diguna untuk bangun sistem teknologi maklumat - Pakar industri
Pembangunan sistem teknologi maklumat (IT) seperti Hab Pangkalan Data Pusat (PADU) boleh melibatkan penggunaan pelbagai kaedah yang seterusnya akan membawa kepada pencapaian objektif yang sama.
Sebanyak 9.82 juta kemas kini data dalam sistem PADU
Seramai 9.82 juta daripada 30.08 juta rakyat Malaysia telah mengemas kini maklumat di sistem Pangkalan Data Utama (PADU) setakat semalam.