Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas didakwa meliwat cucu saudara perempuannya berusia lima tahun.
Kejadian didakwa berlaku di sebuah tempat letak kereta di Bandar Hilir sekitar penghujung bulan Julai dan awal Ogos lalu.
Tertuduh yang berusia 72 tahun itu membuat pengakuan tidak bersalah atas tindakan jijiknya itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail.
Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa melakukan persetubuhan yang bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan ke atas kanak-kanak perempuan berkenaan di sebuah tempat letak kereta tidak bernombor di hadapan sebuah taman permainan di Stadium Tun Fatimah, Bandar Hilir pada waktu petang penghujung Julai dan awal Ogos lalu.
Pertuduhan mengikut seksyen 377C Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minima lima tahun dan maksima 20 tahun serta sebatan.
Prosiding yang dikendalikan Timbalan Pendakwaraya Shazreen Nadia Saaban mencadangkan mahkamah untuk tidak membenarkan tertuduh diikat jamin memandangkan mangsa adalah cucu saudara kandungnya sendiri.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam bagaimanapun merayu mahkamah untuk membenarkannya diikat jamin memandangkan anak kandungnya hadir ke mahkamah dan bersedia untuk membayar wang jaminan.
Norma pada penghakimannya kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin sebanyak RM20,000 dengan seorang penjamin dan mengarahkan wang jaminan ditarik semula sekiranya menerima laporan tertuduh mendekati mangsa.
Beliau turut menetapkan 26 September depan sebagai tarikh sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Raffi Bachik
Fri Aug 25 2017
Tertuduh (tengah) membuat pengakuan tidak bersalah atas tindakan jijiknya itu sejurus kertas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa di hadapan Hakim Norma Ismail. - Foto Astro AWANI / Raffi Bachik
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
10 Berita Pilihan - (14 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, hari ini.
Checkmate! remaja tewaskan juara bertahan dari China
Seorang remaja berusia 18 tahun dari India, Gukesh Dommaraju dinobatkan juara dunia catur termuda selepas menundukkan lawannya dari China yang juga juara bertahan, Ding Liren. Dommaraju menewaskan Liren dalam satu perlawanan dramatik yang berlansung di Singapura.
Saya dinasihat kekal sebagai MB sehingga akhir penggal - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan.
Lelaki mengaku salah amang seksual cucu saudara berusia 6 tahun
Seorang lelaki mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Isnin atas tuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudaranya yang berusia enam tahun di Gerik.
Penganggur direman cabul cucu saudara
Seorang lelaki direman tujuh hari bagi membantu siasatan berhubung kes cabul cucu saudaranya yang berusia enam tahun.
Cucu saudara isteri Presiden Perancis Brigitte Macron diserang
Kejadian berlaku susulan ucapan Emmanuel Macron yang disiarkan di satu stesen televisyen.
Penjara 2 tahun, 2 sebatan laku amang seksual terhadap cucu saudara
Seorang lelaki dijatuhi hukuman penjara 24 bulan dan dua sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu, pada Khamis kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap cucu saudaranya.
Peniaga mengaku tidak bersalah rogol, liwat cucu saudara 7 tahun
Tertuduh yang berusia 56 tahun itu mengaku tidak bersalah selepas dua pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Hakim Nooriah Osman.
Datuk durjana didakwa liwat cucu saudara usia 5 tahun
Seorang warga emas mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini selepas didakwa meliwat cucu saudara perempuannya berusia lima tahun.