Seorang individu bergelar Datuk Seri yang merupakan bekas Pegawai Khas Kerabat Diraja Selangor dan orang kanannya ditahan atas dakwaan melakukan rasuah dan memalsukan dokumen.
Menurut sumber, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri berumur lingkungan 50-an itu dan pembantunya yang berumur 40-an yang juga ahli perniagaan ditahan di ibu negara dan Seremban.
"Dalam serbuan pertama di sebuah pasar raya di ibu negara, pembantu kepada Datuk Seri itu ditahan pada pukul 10 malam pada Isnin dan berdasarkan maklumat daripadanya, SPRM menahan pula Datuk Seri berkenaan di rumahnya di Seremban pada pukul 11 pagi semalam," katanya kepada Bernama hari ini.
Beliau berkata kedua-dua mereka dipercayai terlibat memalsukan dokumen bagi memudahkan urusan tuntutan harta sekiranya berlaku sesuatu kematian.
"Suspek dipercayai mengeluarkan surat atau watikah yang kononnya daripada kerabat diraja dan orang kenamaan untuk memudahkan sesuatu urusan yang melibatkan kerajaan.
"Jumlah suapan yang diminta untuk mempercepatkan proses itu adalah antara RM30,000 hingga RM125,000," kata sumber itu.
Menurutnya, mereka dipercayai melakukan kegiatan itu sejak empat tahun lalu dan siasatan setakat ini mendapati ia melibatkan 10 orang mangsa di sekitar Lembah Klang dan Seremban.
"Datuk Seri itu dipercayai telah tamat kontrak sebagai pegawai khas kerabat diraja sejak 2013," katanya.
Dalam serbuan tersebut turut dirampas ialah wang tunai sebanyak RM142,500 yang disembunyikan termasuk di dalam bilik air rumah milik Datuk Seri berkenaan dan keretanya.
Katanya kira-kira RM30,000 wang tunai pula dirampas daripada pembantu Datuk Seri itu.
"Beberapa dokumen yang digunakan untuk memperdaya mangsa turut ditemui beserta cop milik orang kenamaan termasuk pemimpin serta pihak kerabat," katanya.
Kedua-duanya kini direman selama lima hari bermula tarikh mereka ditahan untuk membantu siasatan.
Selain itu, sumber berkenaan berkata dua penjawat awam berusia 20 hingga 50 tahun telah dipanggil hari ini untuk memberi keterangan manakala lima saksi juga dipanggil untuk membantu siasatan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak melebihi 20 tahun dan denda lima kali ganda daripada nilai suapan.
Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Azam Baki ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu namun enggan mengulas lanjut. -Bernama
Bernama
Wed Oct 12 2016
Datuk Seri berumur lingkungan 50-an itu dan pembantunya yang berumur 40-an yang juga ahli perniagaan ditahan di ibu negara dan Seremban. -Gambar hiasan
AWANI Pagi: PULIH | Inovasi Tempatan Mengesan Sakit Belakang
Ikuti diskusi Awani Pagi 8.30 Sabtu, bersama dua tetamu dari Universiti Malaya, berhubung inovasi mengesan sakit belakang dengan lebih objektif berbanding kaedah tradisional hingga mendapat pengiktirafan daripada Medical Device Authority Malaysia.
#AWANInews #AWANIPagi
#AWANInews #AWANIPagi
Persatuan Bola Sepak Indonesia terima dana RM77 juta dari Presiden Prabowo
Komitmen Presiden Prabowo terhadap kemajuan sepak bola Indonesia benar-benar luar biasa, kata Ketua Umum PSSI.
AWANI Pagi: Pembekuan jasad bayi - Hukum dan hak jenazah
Ikuti perbincangan eksklusif #AWANIpagi bersama Mufti Perlis, Datuk Dr. Mohd Asri Zainul Abidin, yang akan mengupas secara mendalam isu pembekuan jasad bayi dari perspektif hukum Islam, kehormatan jenazah, dan hak si mati.
#AWANIpagi #AWANInews
#AWANIpagi #AWANInews
Cenderahati produk Tenun Pahang Diraja tersedia di Kuantan 188
Di Kuantan 188 juga, para pelancong boleh menikmati pemandangan panorama bandar dan Sungai Kuantan.
[INFOGRAFIK] Kerugian Banjir 2024
Berikut adalah info berkenaan dengan kerugian banjir 2024.
Hubungan erat Malaysia-Denmark tawar manfaat kepada tenaga kerja
Pembukaan semula Kedutaan Denmark bantu tingkat kerjasama dalam bidang keselamatan dan kesihatan pekerjaan.
[INFOGRAFIK] Buat Pilihan Lebih Baik Demi Malaysia Yang Lebih Hijau Dan Lestari
Berikut adalah info berkenaan dengan membuat pilihan lebih baik demi Malaysia yang lebih hijau dan lestari.
Siang "concierge", malam "Doktor Mayat" - Kisah Muslimah pertama pengawet jenazah di Singapura
Kisah Zainab Ash Shughra Amer, Muslimah pertama yang menjadi pengawet jenazah - juga satu-satunya buat masa ini - di Singapura.
Sistem politik penuhi aspirasi rakyat penting bagi Syria
Penentuan masa depan Syria masa depan melalui sistem politik yang memenuhi aspirasi rakyat negara itu adalah penting bagi mengekalkan kestabilan politik.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Menerusi hantaran Perdana Menteri Sementara Lubnan Najib Mikati di X, perkara itu disampaikan beliau dalam pertemuannya dengan Paus Francis di Vatican City pada Jumaat.
Netanyahu, Katz adakan tinjauan di Bukit Golan
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, melalukan tinjauan di Bukit Golan pada Jumaat ketika tentera Israel meluaskan kawalan mereka ke puncak Gunung Hermon, kawasan strategik yang bersempadan dengan Syria.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Perkara itu dikongsikan Menteri Pertahanan Israel, Israel Katz di platform X yang turut hadir bersama Netanyahu.
Datuk Seri antara ditahan atas dakwaan rasuah, pemalsuan dokumen
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri berumur lingkungan 50-an itu dan pembantunya yang berumur 40-an yang juga ahli perniagaan ditahan di ibu negara dan Seremban.