JOHOR BAHRU: Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang dipercayai palsu dan melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim.
Ketua Polis Johor Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, siasatan dijalankan susulan polis menerima laporan berhubung dokumen berkenaan daripada Ketua Unit Media, Pejabat Komunikasi Keluarga Diraja Johor pada 7 malam, semalam.
Katanya, dokumen itu didapati telah dikeluarkan dan ditandatangani oleh seorang wanita tempatan yang bergelar Datuk Seri.
“Wanita terbabit mendakwa menerima mandat daripada Tunku Ismail untuk menjalankan urusan pertukaran mata wang 200 bilion sehingga 5 trilion Dolar Amerika Syarikat kepada Ringgit Malaysia.
“Urusan tersebut didapati turut melibatkan satu akaun bank atas nama seorang lelaki,” katanya menerusi kenyataan, di sini hari ini.
Ayob Khan berkata hasil siasatan menerusi laman web www.istiadat.gov.my mendapati, wanita terbabit tidak berdaftar sebagai Datuk Seri dan merupakan individu yang disyaki terlibat dalam kes penipuan Draf Bank Of Tokyo pada 2011.
Menurutnya, selain wanita terbabit, kes dipercayai turut melibatkan seorang lelaki tempatan iaitu seorang peguam yang merupakan proksi berkaitan dokumen berkenaan.
Ayob Khan menjelaskan siasatan bagi mengesan individu yang terlibat sedang giat dijalankan dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Beliau pada masa sama menasihatkan orang ramai supaya tidak mudah terpedaya dengan mana-mana individu yang kononnya mempunyai hubungan baik dengan pihak istana Diraja Johor tanpa usul periksa bagi mengelakkan sebarang penipuan.
Bernama
Fri Oct 08 2021
Polis Johor melakukan siasatan berhubung kes pemalsuan dokumen surat aku janji bagi menjalankan urusan pertukaran mata wang asing yang dipercayai palsu dan melibatkan Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim. - Gambar fail
Kontroversi UM: Sarjana ‘berkualiti rendah’ tak patut dijemput - PM Anwar
Anwar menyindir ahli akademik AS yang terbabit dalam kontroversi pro-Israel sebagai sarjana berkualiti rendah dan tidak mempunyai pencapaian luar biasa atau istimewa.
Agong, Raja Permaisuri zahir ucapan Ulang Tahun Keputeraan kepada Sultan Terengganu
Ucapan itu dizahirkan Seri Paduka Baginda berdua menerusi poster yang dimuat naik di Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.
Ada wajah kita tak mahu berpisah, tapi terpaksa melepaskannya - Datuk Red
Menerusi perkongsian itu, Adnan mengatakan ada perkara yang dia terpaksa reda dan menerima takdir yang sudah tertulis untuknya.
Komen jelik nahas helikopter Lumut, peniaga didenda RM23,000
Seorang peniaga dalam talian didenda RM23,000 di Mahkamah Sesyen di sini, selepas mengaku bersalah atas tuduhan memuat naik komen jelik berhubung nahas helikopter TLDM.
Bursa Malaysia dibuka rendah, jejaki prestasi Wall Street
Pada 9.10 pagi, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 2.29 mata kepada 1,566.96 daripada 1,569.25 ketika ditutup pada Khamis.
AWANI Ringkas: Pesawat ringan mendarat cemas di Subang
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Cambodia Airways mulakan penerbangan terus Phnom Penh-Kuala Lumpur
Syarikat penerbangan Kemboja, Cambodia Airways, secara rasmi memulakan penerbangan terus dari ibu negaranya, Phnom Penh ke KLIA pada Khamis.
Semangat baharu bina ekosistem inovasi lebih dinamik
Perbadanan Pembangunan Teknologi Malaysia, MTDC meneruskan kesinambungan dalam memacu pembangunan teknologi negara, dengan melancarkan Citra MTDC, untuk mewujudkan ekosistem inovasi yang lebih dinamik.
Polis tahan guru disyaki liwat tiga pelajar
Tiga pelajar tahfiz dipercayai menjadi mangsa seks luar tabii apabila didakwa diliwat seorang guru agama dari pusat tahfiz berkenaan sejak dua tahun lalu.
Rumah Terbuka Aidilfitri Selangor di KKB langgar Akta - Bersih
Penganjuran Rumah Terbuka Aidilfitri Peringkat Negeri Selangor yang akan dianjurkan di Pekan Kuala Kubu Bharu Sabtu ini, boleh bercanggah dengan banyak peruntukan dalam Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 (AKPR).
TMJ pelawa Figo ke JB soal pembangunan bola sepak negara
Tunku Ismail meluangkan masa bertemu dengan legenda bola sepak dunia, Luis Figo di Sepanyol.
Tunku Ismail berkenan derma rumput hibrid kepada Stadium Nasional Bukit Jalil
Hasil kaji selidik yang dijalankan di padang Stadium Nasional menunjukkan bahawa rumput hibrid lebih sesuai ditanam di venue keramat Harimau Malaya itu.
Mentaliti tidak diubah, Liga-M akan terus ketinggalan - Tunku Ismail
Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengingatkan Liga Malaysia (Liga-M) akan terus ketinggalan dari segi infrastruktur sekiranya tiada perubahan mentaliti.
Kemenangan, pencapaian serta sejarah antara pesanan TMJ
Tunku Ismail menyatakan pandangan bahawa sukan bola sepak adalah tentang kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah.
Pemangku Sultan Johor komen sinis pengurusan Selangor
Tunku Ismail Sultan Ibrahim memberi komen sinis ditujukan kepada pihak pengurusan Selangor.
Rombakan Exco Johor, Aznan ganti Norlizah
Rombakan dan penstukturan semula barisan Exco Johor menyaksikan ADUN Norlizah Noh digugurkan dari Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Johor.
Fahmi, Saifuddin serta tiga menteri JPM merafak sembah pelantikan Tunku Mahkota Ismail
Beberapa jemaah menteri turut merafak sembah dan menitipkan doa dan kesejahteraan kepada Tunku Mahkota Ismail serta keluarganya.
Tunku Ismail dimasyhur Pemangku Sultan Johor bermula hari ini
Jumaah Majlis Diraja mengumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dimasyhurkan sebagai Pemangku Sultan Johor, mulai Ahad.
Tunku Ismail bakal dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor esok
Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim akan dilantik sebagai Pemangku Sultan dalam Majlis Istiadat Pelantikan Pemangku Sultan esok.
Tukar rumput demi Harimau Malaya
Katanya, penukaran rumput bukan sahaja bawa kesan positif kepada Liga Malaysia tetapi juga bakal lahirkan pemain berkualiti Harimau Malaya.