awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tujuh daripada 10 rakyat Malaysia optimistik negara di landasan tepat - Ipsos
Keluarga Altantuya pulangkan semula ganti rugi termasuk faedah kepada kerajaan
FEM 2026: Perlu keseimbangan tangani ‘trilemma tenaga’ – Fadillah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Datuk Zulkefli pengurus besar baharu Bernama

Bernama
Bernama
09/12/2014
09:26 MYT
Datuk Zulkefli pengurus besar baharu Bernama
Pelantikan Zulkefli (gambar) adalah bagi menggantikan Yong yang bersara wajib pada Oktober lepas. - fotoBERNAMA
Ketua Pengarang Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh dilantik sebagai Pengurus Besar baharu pertubuhan itu dan timbalannya, Datuk Zakaria Abdul Wahab menggantikan beliau sebagai Ketua Pengarang berkuat kuasa hari ini.
Pelantikan itu diumumkan Pengerusi Bernama Datuk Abdul Rahman Sulaiman selepas mesyuarat Lembaga Pengelola Bernama di sini bersetuju atas pelantikan itu.
Abdul Rahman berkata pelantikan Zulkefli, 57, adalah bagi menggantikan Datuk Yong Soo Heong yang bersara wajib pada Oktober lepas.
Sementara itu, Timbalan Ketua Pengarang Audio Visual Mokhtar Hussain dinaikkan pangkat sebagai Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Dalam Negeri menggantikan Zakaria.
Menyentuh pelantikan tersebut, Abdul Rahman memberitahu pemberita bahawa beliau meletakkan harapan barisan baharu pengurusan Bernama itu akan menyuntik semangat lebih tinggi kepada agensi berita berkenaan untuk meningkatkan prestasi dan kecemerlangan.
"Saya berharap mereka mampu membawa Bernama dalam era transformasi media kini dan menjadi agensi berita yang unggul.
"Selain itu kita juga berharap Bernama dapat memainkan peranan lebih penting dalam memberi penjelasan dan maklumat kepada umum terutama dengan kedudukan Malaysia kini sebagai pengerusi Asean dan bersempena pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (CBP) April tahun depan," katanya.
Pemangku Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Ekonomi Mikhail Raj Abdullah disahkan menyandang jawatan itu.
Topic Berkaitan
#Bernama
#Yong Soo Heong
#Zakaria Abdul Wahab
#Zulkefli Salleh
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan