GUA MUSANG: Kemalangan dua kereta di Kilometer (KM) 74 Jalan Gua Musang-Kuala Krai di sini pada Selasa membongkar penemuan muatan daun ketum berjumlah 158 kilogram (kg).
Kemalangan berlaku pada jam 1.30 tengah hari melibatkan dua kereta jenis Toyota Vios dan Honda City.
Ketua Polis Daerah Gua Musang, Superintendan Sik Choon Foo berkata, suspek lelaki berusia 24 tahun yang memandu Toyota Vios bermuatan ketum itu mengalami cedera parah di kepala.
“Suspek dalam keadaan kritikal dan kini dirawat di Hospital Kuala Krai manakala pemandu Honda City juga seorang lelaki berusia 34 tahun pula mengalami patah tangan kanan serta dirawat di hospital sama,” katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau berkata, siasatan lanjut di lokasi kejadian mendapati kemalangan berlaku ketika suspek memandu dari arah Kuala Krai menuju ke Gua Musang.
“Semasa sampai di lokasi kejadian, kereta dipandu suspek dipercayai hilang kawalan lalu masuk ke laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta Honda City itu.
“Hasil pemeriksaan ke atas kereta Toyota Vios tersebut mendapati suspek membawa 158kg muatan daun ketum di dalam but kereta terbabit,” katanya.
Tambah beliau, siasatan lanjut masih diteruskan mengikut Seksyen 43(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara tidak cermat.
“Kes juga disiasat mengikut Seksyen 30(3) Akta Racun 1952 ke atas penemuan gulungan plastik berisi daun ketum terbabit,” katanya. -Sinar Harian
Sinar Harian
Tue Dec 06 2022

Kereta dipandu suspek hilang kawalan dan bertembung dengan Honda City di laluan bertentangan. (Gambar kecil: Muatan daun ketum ditemui dalam kereta Toyota Vios.)
![[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza [LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/51701384826_TBQatariRedCrescent.jpg)
[LAPOR LANGSUNG] Raja Jordan desak Israel benar lebih banyak bantuan ke Gaza
Raja Abdullah berkata, tindakan Israel terus menahan aliran bantuan ke Gaza adalah tidak boleh diterima.

WhatsApp boleh sembunyi perbualan guna frasa rahsia khas
Melalui ciri baharu ini, pengguna boleh tetapkan sebuah frasa kod rahsia dan menyembunyikan sesuatu perbualan di sebalik frasa itu.

Banjir: Terengganu pulih, jumlah mangsa meningkat di Kelantan
Tiga mangsa daripada satu keluarga yang berlindung di PPS SK Atas Tol dibenarkan pulang ke kediaman mereka selepas banjir surut.

'Buat ujian saringan kepada pelancong China'
Ia susulan terdapat laporan mengenai peningkatan penyakit berkaitan pernafasan dan radang paru-paru melibatkan kanak-kanak di China.

UECL: Tiga polis cedera dalam insiden keganasan sebelum perlawanan
Pelbagai objek dilontarkan kepada pihak polis oleh penyokong pasukan pelawat itu berhampiran Villa Park.
AWANI Pagi: Kekang stigma terhadap kanser prostat
AWANI Pagi bersama bekas pesakit kanser prostat,Tan Sri Nazir Razak dan Pakar Urologi dan Profesor Madya Klinikal, Hospital Gleneagles , Dr George Lee membincangkan mengenai bagaimana menakluki stigma penyakit ini serta apa peranan golongan lelaki dalam mengekang stigma terhadap kanser prostat.
#AWANInews
#AWANInews

Ops Patuh: JPJ keluar 122,208 notis pelbagai kesalahan
Operasi tersebut dilaksanakan selama 29 hari bermula 1 Nov dengan memeriksa 719,766 kenderaan.

121 rakyat Malaysia pulang dari Laukkaing, Myanmar
Mereka yang berumur antara 20-an dan 50-an serta kebanyakannya adalah mangsa sindiket penipuan tawaran pekerjaan.

Enggan serah hak milik rumah, lelaki cederakan ibu angkat
Semakan rekod mendapati suspek mempunyai tiga rekod lampau iaitu dua kes dadah dan satu jenayah.

Wartawan foto Palestin, Motaz Azaiza dinobat 'Man of the Year' majalah GQ
Azaiza yang menjadi terkenal selepas Gaza diserang tanpa belas ihsan pada 7 Okt lalu juga disifatkan sebagai simbol keberanian.

Polis Johor lupus dadah bernilai RM5.43 juta
Ketua Polis Johor Datuk Kamarul Zaman Mamat berkata proses pelupusan itu akan dilakukan hari ini di Bukit Pelanduk, Negeri Sembilan.

Lelaki ditahan bersama 450kg daun ketum
Polis turut merampas 400 botol berisi cecair hitam disyaki campuran ubat batuk dan dadah jenis kodein.

Akta baharu penyalahgunaan dadah bolehkan penagih selain dadah jalani rawatan di bawah AADK
Akta baharu berkaitan penyalahgunaan dadah dan bahan terlarang yang bakal digubal, akan membolehkan penagih selain dadah menjalani rawatan dan pemulihan di bawah AADK.

188 penjawat awam ditahan atas pelbagai kesalahan dadah - JSJN
Seramai 188 penjawat awam ditahan Polis Diraja Malaysia (PDRM) atas pelbagai kesalahan berkaitan dadah bagi tempoh empat bulan pertama tahun ini.

Polis tahan lelaki bawa 560kg daun ketum dari Kedah ke Kelantan
Polis menahan seorang lelaki dan merampas 560 kilogram (kg) daun ketum, selepas mengejar sebuah kereta sejauh kira-kira 15 kilometer, di tepi jalan Kampung Pasir Dusun, di sini, Khamis lepas.

16kg daun ketum ditemui dalam kereta kemalangan
Kemalangan pada jam 7.57 pagi itu membabitkan kereta berkenaan, sebuah lori 40 tan membawa muatan minyak sawit, Honda City dan sebuah motosikal.

Kereta hangus terbakar bongkar kegiatan penyeludupan daun ketum
Kebakaran sebuah kereta yang terlibat dalam kemalangan membawa kepada pembongkaran kegiatan pengedaran ketum.

Aksi kejar mengejar berjaya tahan penyeludup daun ketum di sempadan negara
Dua suspek dilihat dalam keadaan mencurigakan menaiki kenderaan bernombor pendaftaran Thailand.

Lori ditahan, bawa muatan lebih 30 bungkus daun ketum
Pemandu tiada lesen memandu, manakala, nombor casis dan enjin kenderaan itu disyaki palsu.

Op Tapis berkas 446 tokan dadah
Seramai 446 tokan dadah ditahan menerusi Operasi Tapis Khas Siri 1/2023 di kawasan ladang di Felda, Felcra, Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan perkampungan nelayan di seluruh negara.