GEORGE TOWN: Penyanyi legenda kumpulan Alleycats Datuk David Arumugam akan kembali memeriahkan industri hiburan negara menerusi lagu baharunya "Pearl of the Orient" yang turut mempromosikan negeri kelahirannya Pulau Pinang.
Lagu daripada album kompilasi "The Story Pearl of the Orient" yang dilancarkan semalam itu diterbitkan oleh Persatuan Anak Seni Pulau Pinang (PASPP).
Selain David, anak seni kelahiran Pulau Mutiara iaitu Boy, Aswad AF, Fazlin, Bob Sentuhan, Gee, Jasmin, Faradik, Epol Penang, Kolin, Kamal CRK dan SAM turut menyumbangkan suara untuk album yang memuatkan 12 lagu itu.
Pengerusi Kehormat PASPP Mohd Mazlan Ayob berkata album tersebut merupakan album pertama yang diterbitkan pihaknya bertujuan membantu mempromosikan negeri ini kepada pelancong dari dalam dan luar negara.
"Projek ini bermula hampir dua tahun lalu ketika Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, kami menghimpunkan anak-anak seni Pulau Pinang termasuk David untuk bekerjasama dalam projek ini," katanya kepada wartawan selepas majlis pelancaran album itu di sini semalam.
Dalam pada itu, David berkata dia berehat sebentar daripada dunia seni selama dua tahun selepas negara dilanda pandemik COVID-19.
"Mazlan menyatakan hasrat untuk bekerjasama dengan anak-anak seni Pulau Pinang yang lain bagi menghasilkan album ini dan saya bersetuju dengan harapan lagu ini dapat mempromosi negeri ini kepada pelancong serta membantu anak seni selepas terkesan dengan pandemik," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jan 29 2022
David Arumugam menunjukkan album kompilasi baharu, 'The Story; Pearl of the Orient' pada majlis pelancaran di George Town, 29 Jan 2022. --fotoBERNAMA
Pelaksanaan hukuman sebat di khalayak di bawah bidang kuasa negeri - Mohd Na'im
Hukuman sebat bagi pesalah syariah di khalayak ramai adalah di bawah bidang kuasa negeri.
Kargo udara global catat pertumbuhan berganda pada Mac - IATA
Industri kargo udara global mencatatkan 23.1 bilion tan kargo kilometer (CTK) pada Mac, mewakili pertumbuhan 10.3 peratus dari tahun ke tahun, menurut Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA).
FAM buat persiapan awal aksi menentang Krygystan, Taiwan
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) telah membuat perancangan awal dalam usaha membantu skuad Harimau Malaya mencipta sejarah mara ke pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia buat kali pertama.
Tumpuan Rabu - 01 Mei 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Matrade sasar ketengahkan 150 syarikat Malaysiaa di CAEXPO 2024
Matrade menyasar untuk menampilkan 150 syarikat Malaysia di CAEXPO 2024 yang akan berlangsung di Nanning, China dari 24 hingga 28 Sept, 2024.
Malaysia perlu guna kepakaran, sumber secara kolektif bagi memacu industri halal - Tengku Zafrul
Malaysia perlu memanfaatkan kepakaran dan sumber secara kolektif bagi memacu pertumbuhan dan pembangunan mampan dalam industri halal.
PRK KKB: Larangan berpolitik di masjid, surau masih berkuat kuasa - JAIS
Larangan itu turut termasuk sepanjang tempoh kempen Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) yang sedang berlangsung.
Maritim Malaysia gagalkan cubaan seludup 35 warga asing
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menggagalkan cubaan menyeludup masuk 35 pendatang asing warga Filipina di perairan Kudat, petang semalam.
TM akan percepatkan penggunaan teknologi AI tahun ini - Pengerusi
Telekom Malaysia Bhd (TM) sedang berhasrat untuk mempercepatkan lagi usaha dalam teknologi kecerdasan buatan (AI) tahun ini.
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda bagi penuhi keperluan REE negara
Akta Pembangunan Mineral 1994 perlu dipinda dalam usaha memenuhi keperluan pembangunan kerangka model perniagaan unsur nadir bumi (REE) negara.
David Arumugam bantu promosi P.Pinang menerusi lagu 'Pearl of the Orient'
Lagu daripada album kompilasi "The Story Pearl of the Orient" itu diterbitkan oleh Persatuan Anak Seni Pulau Pinang.
Pemain bass kumpulan Alleycats meninggal dunia akibat kanser
Negara kehilangan seorang pemuzik, Frank Ong yang merupakan bekas pemain bass kumpulan Alleycats akibat kanser paru-paru pada Khamis lalu.
Sisi molek kita dalam 'Ali AhKao dan Muthu'
Selain Namewee, lagu 'Ali AhKao dan Muthu' turut menampilkan Aniq dari program Ceria Popstar 2016 dan anggota Alleycats, Datuk David Arumugam.
Siti Nurhaliza, Rossa, Jamal Abdillah serikan konsert sempena keputeraan Sultan Pahang
Konsert selama dua jam itu diserikan dengan persembahan tujuh penyanyi tersohor negara dan Indonesia yang mendapat penganugerahan gelaran Datuk daripada Sultan Pahang.
Penyanyi Malaysia, Dasha Logan tembusi carta lagu UK
Single pertama Dasha Logan yang juga anak kepada vokalis Alleycats, mendiang Loganathan Arumugam, berada di kedudukan ke-empat carta UK Soul di Britain.